▪︎🌹- 36▪︎

14.2K 1.1K 202
                                    

Nurin bergelak riang bersama Puteri dan Fatia di bilik rehat di tingkat atas. Sengaja mereka meluangkan masa di situ sementara menunggu waktu rehat tamat. Nurin sesekali menampar lengan Puteri yang duduk di sebelahnya.

"Kemain eh kau kutuk Tuan Zafrael! Kalau dengar dek tuan punya badan habis lah kau" usik Puteri dalam tawanya.

"Alah kau ni, macam aku sorang je kutuk Tuan Zafrael! Habis tu, staf-staf lain tu baik sangat lah dorang tu. Entah-entah lebih dari aku lagi dorang kutuk" bidas Nurin laju. Tidak mahu dituduh sebagai kaki gosip.

Puteri dan Fatia hanya terkekeh ketawa melihat reaksi Nurin. Bukan mereka tidak tahu, bos besar mereka suka sangat cari pasal dengan si Nurin. Pulak tu, otak Nurin ni tiga suku. Memang tak kering gusi jika mereka melepak bersama Nurin.

Mentang-mentang bilik rehat itu jarang digunakan staf-staf lain, mereka bukan main buat bilik rehat itu sebagai bilik gosip mereka. Ini kerana, bilik rehat disitu hanya digunakan jika seseorang itu mahukan ketenangan.

"Kau dengan Tuan Zafrael kita tu, aku perhati je korang berdua ni. Macam anjing dengan kucing. Ada saja benda nak digaduhkan..." ujar Puteri dengan mata mengecilkan. Entah-entah si Nurin ni ada apa-apa tak dengan bos besar mereka.

"Arghhh! Kau memandai je nak kenenkan aku dengan si kutub ais tu! Takde nya aku dengan dia ada something special. Macam langit dan bumi" cantas Nurin laju. Mengeleng kepala dia apabila membayangkan dirinya dan Zafrael bersatu.

Uish! Simpang malaikat 44.

Nurin dan Zafrael memang tak boleh bersatu. Mahu runtuh mahligai yang dibina jika hari-hari angin monsun mereka berdua melanda. Masing-masing nak beradu vokal siapa paling tinggi. Masing-masing tak nak mengalah. Nak menang pulak tu. Memang susah!

"Ececece...kau..."

"Masa ni kau tolak, entah-entah nanti kau terima ahahahaha..." Puteri galak mengetawakan Nurin. Siap pakej tepuk meja lagi. Bergegas meja itu dibuatnya.

Nurin menjeling tajam. Macam tak ada orang lain je nak dikenenkan untuknya. Nurin menyedut minumanny dengan kasar. Bengang pula rasanya. Ada ke patut, dia yang cun melecun digandingkan bersama Zafrael si kutub ais tu? Habis lah reputasi Nurin sebagai gadis pingitan!

Tapi itu semua angan-angan saja. Nurin tahu taraf dirinya dan Zafrael macam mana. Zafrael umpama merak kayangan. Sedangkan dirinya, hmm Nurin tak mahu cakap. Pandai-pandai lah fikir sendiri.

"Kau kenakan aku sedap eh! Kalau kena tang batang hidung kau baru reti bahasa agaknya"

Puteri menjelir sedikit lidahnya. Tak ssnonoh betul. Depan orang ramai bukan main sopan lagi. Tapi bila berkumpul mereka bertiga, bermacam tingkah yang jarang dijumpai muncul.

"Eh cop! Cop!" Fatia mencelah setelah lama mendiamkan diri.

"Apa kau ni, cop-cop! Ingat kita main cuit tiang ke?" Puteri menyembur laju. Membuatkan Fatia mencubit lengan Puteri kerana geram. Orang serius dia main-main pulak.

"Korang ni dengar lah dulu kalau ya pun..." Fatia berkata tegas. Geram betul dengan dua orang tu. Suka sangat buat dia bengang.

"Ha apa-apa?"

"Harini Jumaat, bukan ke hari ni bos-"

"Weh haah lah!"

Nurin menepuk meja kuat. Matanya membulat besar. Puteri dan Fatia membeliakkan mata mereka. Tiba-tiba terasa atmosfera sekeliling mereka menjadi dingin. Seram sejuk. Fatia memeluk tubuhnya sendiri. Apakah perasaan ini?

"Aku rasakan-..."

Nurin laju menekup mulut Fatia. Jari telunjuk rapat di bibirnya. Menyuruh Fatia diam. Matanya membulat besar. Puteri di sebelah Nurin terdiam sekali. Mereka memandang sekeliling. Tiba-tiba bulu roma berdiri tegak.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now