▪︎🌹 - 14▪︎

19K 1K 131
                                    

"Tuan Zaf!"

Lelaki itu membeliakkan matanya kerana terkejut dengan kehadiran sang ketua yang secara tiba-tiba di markas mereka. Dia yang sedang asyik bermain kad bersama rakan-rakan dia yang lain langsung berdiri tegak dan menunduk hormat kepada ketua mereka.

"Jai mana? Aku nak jumpa dia" ujar Zafrael dalam nada datarnya. Dia merenung wajah anak buah dia seorang itu dengan pandangan membunuhnya.

Kevin di belakang pula menahan senyum. Kasihan betul. Zafrael memang tegas dengan anak-anak buah mereka malah lelaki itu tidak segan-segab menghabuskan mereka jika ada mengkhianati dia dalam diam. Memang tak ada peluang kedua lagi. Zafrael dan Zafran sama sahaja. Mereka terlalu kejam dan tidak ada belas kasihan terhadap musuh mereka.

"Jai kat bawah tuan. Dia kata, kalau tuan datang, boleh terus jumpa dia di bawah" ujar lelaki itu dalam nada biasa.

Dia sudah lama berkhidmat di bawah kumpulan mafia itu. Malah, sejak usia dia lima belas tahun lagi dia dijaga dan diberi pendidikan oleh Zafran. Sebagai balasan, dia rela mengabdikan diri kepada keluarga mafia yang cukup dihormati itu.

Zafrael mengangguk ringkas. Dia dan Kevin masuk ke dalam rumah dan menuju ke satu lorong yang menghubung ke ruangan bawah tanah. Zafrael menekapkan tapak tangan dia pada alat di pintu itu, kemudian dia membuatkan imbasan retina matanya.

Dinding itu perlahan-lahan terbuka, dan menampakkan satu anak tangga yang menghubung ke ruangan bawah tanah. Sebaik sahaja, Zafrael dan Kevin melangkah masuk ke dalam, dinding itu kembali tertutup secara automatik. Cahaya lampu terbuka di sepanjang perjalan mereka menuruni tangga itu.

Tiba di bawah, mereka melihat Jai asyik membelasah seorang wanita yang kini kelihatan tidak terdaya lagi mahu melawan. Tubuhnya semakin lemah kerana dibelasah tanpa henti oleh Jai yang seakan tidak berperasaan padanya.

Jai yang melihat ketuanya serta Kevin berada di situ terus menghentikan tindakan dia. Jai menghampiri Zafrael dengan keringat yang sudah membasahi tubuhnya yang tidak mengenakan baju.

"Zaf..." sapa Jai dengan suara mengahnya. Nafas dia turun naik dengan laju setelah membelasah wanita itu dengan pukulan dan sepakan dia.

Zafrael tersenyum nipis. "Dia ada bagitahu kau apa-apa tak?" Soalnya dalam nada datar. Hati dia masih panas mengenangkan perbuatan wanita itu kepada Naufal.

Mujurlah bukan Zafran yang turun tangan. Jika papa dia turut berada disini, dia tak jamin perempuan itu akan terus bernafas lagi. Zafran tidak akan bertoleransi lagi. Sekali dia cakap mati, memang mati betul-betul orang itu.

"Tak ada Zaf. Perempuan tu setia sangat dengan bos kesayangan dia" balas Jai yang jelas mengejek perempuan itu.

Dia tahu, perempuan itu cukup dengar perbualan mereka. Hanya ada mereka bertiga dan perempuan itu sahaja. Anak-anak buah mereka tidak dibenarkan menjejaki bilik bawah tanah itu kecuali gudang di belakang markas mereka yang merupakan tempat kurungan para musuhnya.

"Huh. Sayang sangat dekat David kesayangan dia tu" ejek Kevin pula.

Membuatkan, wajah perempuan itu terangkat. Penuh dengan kesan darah, lebam dan luka di bahagian tubuhnya. Perempuan itu menentang berani ketiga lelaki yang berdiri megah di hadapan dia.

"Aku pasti, David tak akan lepaskan kau orang semua!" Jerit perempuan itu dengan wajah sinisnya.

Dia percaya, kekasihnya tidak akan tinggal dia jika dirinya diculik oleh Zafrael. Malah dia sudah menyerahkan segala-galanya kepada David. Termasuk maruah dirinya. Dia rela diperlakukan seperti pelacur asalkan David selalu berada di sisinya.

"Tch...kau sangat percaya diri perempuan. Kau lupa ke David tu macam mana?" Zafrael meninggung di hadapan perempuan itu. "Kau percaya ke David akan setia untuk perempuan macam kau?"

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now