Nurin memandang refleksi wajahnya di cermin. Sungguh dia tidak percaya bahawa refleksi di dalam cermin itu adalah dirinya. Dada dia berasa sebak mengenangkan beberapa minit saja lagi dia akan bergelar seorang isteri. Sungguh dia tidak jangka, sekelip mata saja status dia berubah dan bakal menjadi seorang isteri kepada seorang lelaki.
Puteri dan Fatia tersenyum teruja melihat kecantikkan Nurin pada malam itu. Majlis akad nikah diadakan lepas Isyak. Pihak lelaki sudah berkumpul di ruang tamu Puan Ramlah. Amin dan Pak Su nya duduk di kiri dan kanan juru nikah. Malam ini, disaksikan warga kampung Nurin bakal bergelar isteri.
Hari Jumaat dan semoga membawa berkah. Alisa pula ayu bersimpuh di sebelah mamanya sambil memangku si kecil Naufal. Ryu dan Lucca juga hadir pada malam itu. Meraikan hari bahagia sahabat mereka.
Di ada kusyen empuk, Zyan menahan debaran di dada. Di sebelah kiri dan kanannya, ada Zafran dan Zafuan. Mereka menjadi tumpuan kerana kesegakkan mereka. Zyan mulai berasa gemuruh dan berdebar. Dia harus menjadikan akad ini adalah akad terakhir untuknya.
"Sudah bersedia?" Suara jurunikah itu kedengaran lantang. Zyan mengangguk kecil. Khutbah nikah dibacakan dan beberapa nasihat mengenai rumah tangga turut disampaikan.
Amin duduk berhadapan Zyan. Malam ini, dia menggalas tanggungjawab yang cukup besar. Amin sudah bersiap sedia mahu melepaskan tanggungjawab dia kepada Zyan. Amin memandang wajah Zyan seraya mengangguk kecil.
Dua tangan saling digenggam. Suasana bertukar sepi sekali dan menumpu ke arah dua orang lelaki yang saling berjabat tangan. Ryu menjadi jurugambar tidak bergaji pada malam itu. Mengabdikan momen Zyan dan Nurin pada malam itu.
Di dalam bilik, Nurin ditemani oleh Puan Ramlah, Fatia, Puteri, Fatia dan maksunya. Dia hanya mendengar di dalam bilik dan menahan rasa debaran.
"Sah!"
Jatuh airmata Nurin apabila perkataan 'sah' dilaung kuat oleh para saksi. Diikuti bacaan doa dari jurunikah. Nurin tidak sangka, urusannya dipermudahkan pada malam itu. Merisik dua hari lepas dan Jumaat mereka terus dinikahkan atas kehendak Puan Ramlah sendiri.
Dia tidak mahu mereka lama-lama untuk mengelak fitnah manusia. Elok dipercepatkan tanpa ikatan pertunangan. Nurin menyapu airmatanya. Sekiranya arwah abinya ada pasti suasana semakin meriah tetapi semua itu tidak akan pernah terjadi.
"Nurin, pengantin lelaki nak sarung cincin" ucap seorang makcik. Mereka membuka laluan untuk pengantin lelaki masuk ke dalam bilik.
Zyan telah menunai solat sunat diruang tamu disaksikan tetamu yang lain. Kini sudah tiba untuk majlis perbatalan air wudhuk antara pasangan pengantin itu. Zyan perlahan menolak langsir itu dan mendongak memandang Nurin yang tertunduk di birai katil.
Terpana melihat kecantikkan Nurin pada malam itu. Tapi Zyan segera menepis perasaan itu dan duduk di sebelah Nurin. Ryu sudah siap sedia mahu membidik gambar kedua pasangan itu. Puan Ramlah menghulurkan dulang berisi cincin kedua pengantin itu.
Cincin emas yang ditempah khas oleh Zyan sendiri. Ada ukiran nama Z&N di bahagian cincin itu. Manakala, Zyan pula menempah khas cincin untuknya. Di mana kedua cincin tersebut memiliki nilai yang tinggi di pasaran. Acara penyarung cincin dilakukan oleh mereka berdua.
Zyan memegang tangan Nurin yang menggigil kecil. Sejuk dan dingin. Zyan melorek senyuman sinis. Dia menyarung cincin ke jari manis Nurin. Begitu juga Nurin yang menyarung cincin ke jari manis suaminya. Ya, Zyan Zafrael yang telah menjadi suaminya. Suami sahnya.
"Okay lawa" ucap Ryu perlahan. Tersenyum suka melihat hasil bidikkan dia.
Zyan tersenyum tenang sedangkan Nurin masih tertunduk malu. Tidak sangka 'crush' dalam diam menjadi suaminya. Lelaki yang selalu dia usha di laman sosial kini sudah berada di hadapan dia.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...