▪︎🌹- 17▪︎

17.7K 1K 116
                                    

Masam wajah Nurin sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke dalam sebuah restoran pada tengahari itu. Pelanggan pada hari itu agak ramai membuatkan langkah Nurin sedikit terbantut mengekori langkah besar Zafrael yang sudah jauh ke depan.

Dari jauh, dia melihat Zafrael bercakap dengan seorang pelayan wanita di restoran itu. Nurin hanya berdiri tegak sejauh dua meter dari Zafrael. Hati dia masih geram dengan bos dia yang tidak habis-habis memaksa dia untuk mengikuti arahan lelaki itu.

Zafrael menjeling sekilas wajah masam Nurin yang berdiri jauh daripadanya. Bibir dia mengorek senyuman tanpa sedar membuatkan pelayan wanita itu terpesona. Kerana Zafrael begitu payah menunjukkan senyuman manis dia di hadapan orang. Apatah lagi orang luar.

"Sarah..."

Nurin mengerut dahi mendengar panggilan Zafrael kepadanya. Lain sangat dan kedengaran lebih lembut dari biasa. Dengan langkah malas, Nurin mendekati Zafrael.

"Kau ikut dia. Nanti dia akan hantarkan kau ke meja yang aku dah tempah. Kau tunggu aku dekat situ. Aku ada hal kejap dengan jumpa dengan member aku" ujar Zafrael tanpa nada.

Mungkin tersedar dengan riak pelik yang ditayangkan oleh Nurin. Zafrael membuka kot kelabu di tubuhnya dan meninggalkan kemeja putih. Kot itu diserahkan kepada Nurin dan dengan pantas Nurin menyambut huluran tiba-tiba dari bosnya itu.

"Mari cik saya tunjukkan meja cik..."

Nurin tanpa rasa ingin bersoal jawab lebih lama mengikuti langkah pelayan wanita itu. Zafrael melihat dari jauh dan memberi isyarat kepada beberapa anak buah dia yang merupakan pekerja di restoran itu.

Dengan langkah besar, Zafrael menuju ke belakang dapur dan menemui tiga orang chef di restoran itu. Dengan wajah tegang, dia menolak pintu bilik yang berada di dalam bilik sejukbeku yang menempatkan sebuah bilik yang tiada sesiapa dibenarkan masuk ke dalam sana.

"Bro..."

Zafrael menegur seorang lelaki yang asyik mengasah pisau pemotong daging di dalam bilik itu. Suasana di dalam bilik itu sangat kelam dan menyukarkan orang-orang di dalam sana mengecam wajah dan hanya boleh mendengar suara sahaja.

Lelaki itu menghentikan kegiatannya. Apron yang dipakai di tubuhnya basah disimbahi dengan darah. Dia mencacakkan pisau itu di atas papan pemotong dengan kuat sekali. Menyentakkan orang-orang yang berada di dalam bilik itu.

"Zaf. Dah lama kau tak datang sini..." ujar lelaki itu, dengan sekali petikkan di jari lampu di dalam bilik itu menyala.

Kelihatan seorang lelaki berwajah Jepun tersenyum lebar ke arah Zafrael. Mereka saling berbalas senyuman. Bilik itu dipenuhi dengan bauan ikan dan beberapa potongan daging dan ikan yang tersusun kemas di dalam tray.

"Aku sibuk kebelakangan ni. Aku ada hal nak bincang dengan kau kejap..."

Lelaki itu seakan faham apa yang dimaksudkan oleh Zafrael segera memberi isyarat kepada beberapa lelaki yang ditugaskan untuk memotong daging di dalam bilik itu. Meninggalkan seorang lelaki berpakaian serba putih dan bertopi chef.

"Kotaro, open the door..."

Lelaki itu mengerti akan arahan ketuanya. Segera dia mengalihkan gatungan ikan yu di atas yang menyembunyikan sebuah lagi pintu yang tiada sesiapa tahu kewujudan pintu di dalam bilik itu.

Zafrael mengikuti langkah sahabatnya memasuki bilik itu. Kotaro menyalakan lampu bilik itu dan terpampang jelas ruangan bilik itu penuh dengan sistem teknologi terkini dan diawasi oleh berpuluh lelaki berketurunan asli Jepun.

Mereka dari klan Yakuza yang bertapak di Malaysia selama ini dan menjalankan aktiviti mereka secara senyap dan tanpa meninggalkan bukti. Mereka adalah Klan Daichi. Yang dulunya lenyap setelah kematian datuk Ryu Daichi iaitu Hataru Daichi.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now