Kedengaran suara seorang gadis bernyanyi kecil di sebalik pintu yang tertutup rapat itu . Suaranya kedengaran merdu , walaupun kekadang itu seperti langsuir menggilai . Puan Ramlah yang baru masuk ke dapur mengeleng kepala . Beberapa helai daun pandan di tangan dibasuk hingga bersih .
" Sudahlah menyanyi tu ... " tegur Puan Ramlah sedikit lantang .
Nurin yang berada di dalam bilik air terkekeh kecil mendengar teguran dari si ibu tercinta . Dia mencangkung sambil memberus pakaian milik dia . Hanya ada beberapa helai saja yang perlu dibasuh tangan . Yang lain memang dah selamat dia humban masuk ke dalam mesin basuh .
" Alaa mak ... orang nak lepas stres ni ... " jerit Nurin dari bilik air . Dia kembali menyanyi kecil .
Puan Ramlah sudah bercekak pinggang . Dia pening melayan kerenah si sulung . " Kamu nak kahwin dengan orang tua ke hah ? " .
Automatik Nurin terus terdiam . Kahwin dengan orang tua ? Kepala digeleng beberapa kali . Ingatlah , bahawa pesan orang tua-tua zaman dulu kekadang terjadi juga .
Nurin taknak membayangkan semua itu . Lelaki yang beruban . Perut buncit . Ada sedozen cucu . Huhu- Nurin tidak sanggup . Dia sanggup tinggal di reban ayam belakang rumah dari bersanding bersama dengan orang tua .
" Mak ! Orang taknak lah ! " pekik Nurin kuat .
Puan Ramlah menghamburkan tawa . Seronok betul dia kerana dapat mengenakan anak gadisnya . Puan Ramlah kembali menyelesaikan tugasan dia yang tergendala tadi . Dia kembali mengupas bawang .
" Bapaku pulang dari kota ... bapaku belikan kereta ... kereta kecilku- " .
" Oii long ! Cepatlah ! Aku pun nak guna bilik air ni . Kau buat apa lama-lama tu ! " tegur seorang remaja lelaki .
Pintu bilik air diketuk beberapa kali . Nurin yang baru ingin memulakan nyanyian kembali terus mencebik bibir . Pakaian yang sudah bersih diperah dengan sekuat tenaga . Tak reti sabar betul .
" Cepatlah ! " jerit Amin dari luar . Dia sudah siap melilit tuala paras pinggang .
Sempat juga dia menghabiskan dua batang rokok di luar rumah tadi sementara menunggu si kakak selesai mencuci pakaian . Tapi alih-alih Nurin asyik menyanyi entah apa-apa dalam bilik air . Amin jadi bengang .
Bunyi pintu dibuka membuatkan Amin terus tersenyum lebar . Badan dia sudah berkeringat kerana berlama di luar tadi . Dengan panas teriknya lagi . Nurin menjeling si adik . Dia mendengus kasar .
" Pergilah mandi ... " dengus dia lalu menghempas kuat baldi di atas lantai .
Tersentak Puan Ramlah . " Ya Allah long ! Kenapa dengan kamu ni hah ?! Kalau pecah baldi tu siapa nak beli baru ? " dicubit geram lengan Nurin .
" Aduh ... mak sakitlah ! " mengaduh juga Nurin terkena penangan Puan Ramlah .
Nurin mengosok laju lengan kiri dia . Amin di dalam bilik air seronok mengetawakan si kakak . Nurin menendang laju pintu bilik air yang diperbuat daripada zink itu . Bergegar juga .
" Oii long ! " .
" Sarah ! " .
Nurin buat bodoh je . Dia bersiul-siul kecil . Puas hati kerana dapat mengenakan si adik . Nurin sempat mengapai kain tuala kecil yang tersangkut di kerusi . Di letak di atas kepala . Dia hanya mengenakan sehelai t-shirt lusuh dan berkain batik . Selipar jepun disarung lalu dia menuju ke ampaian di belakang rumahnya .
Sebuah rumah kayu yang memiliki halaman cukup luas . Ada dua pokok mangga dan beberapa pokok buah yang lain di sekitar kawasan rumahnya . Di belakang pula , ada sungai .
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...