▪︎🌹- 18▪︎

16.7K 1.1K 117
                                    

Kelipan cahaya lampu dan kamera memancari studio itu. Kakitangan dan jurukamera kelihatan sibuk memotret wajah baharu yang kini semakin melonjak naik. Busana yang tersarung di tubuh langsing itu kelihatan sangat cantik dan terlihat sangat mewah.

"Okay. Bagus. Kau boleh rehat..." arah seorang lelaki yang duduk di kerusi. Dia memberi isyarat tangan kepada seorang jurukamera lelaki di sebelahnya.

Dia asyik melihat hasil bidikan kamera dari anak buahnya. Dia tersenyum puas. Hasilnya sangat cantik dan memuaskan. Tidak perlu mereka berulang banyak kali hanya kerana satu gambar yang paling cantik untuk dijadikan muka depan majalah.

Alisa tersenyum kepada semua staf-staf yang berselisih dengannya. Tidak lama itu, Alisa tiba di bilik rehat khusus untuknya. Dia terduduk lemah di atas sofa sambil mengimbas badan dia menggunakan tangannya.

"Nah air..."

Botol air mineral diserahkan kepada Alisa. Dia kembali membaiki postur tubuhnya. Kevin memandang Alisa yang asyik meneguk air. Dia setia mengekori Alisa kemana sahaja dan menjaga keselamatan gadis itu dari jauh.

"Abang tak masuk kerja ke harini?" Soal Alisa. Jam sudah menginjak angka 2 petang. Namun, Kevin masih setia menemani dirinya menghadiri sesi pengambaran.

"Tak. Tuan Zaf bagi cuti satu hari untuk teman Cik Alisa" balas Kevin lembut. Jika mereka berdua, Alisa akan membahasakan dirinya sebagai abang. Tapi jika di hadapan Zafrael mereka akan menggunakan nama sahaja sebagai bahasa komunikasi.

Alisa mengurut bahunya yang terasa sengal. Jam di dinding dijerlingnya sekilas. Masih ada dua jam lagi sebelum waktu kerjanya habis. Sementara menunggu hari graduasinya tiba, Alisa mengambil peluang dalam bidang pemodelan kecil-kecilan.

"Abang tunggu Lisa dekat luar. Lisa nak tukar baju kejap lepas tu kita boleh gerak balik"

Kevin mengangguk. Dia segera beredar sambil menutup bilik rehat. Dia berdiri tegak di luar bilik. Alisa masuk ke bilik persalinan bersama beg sandang miliknya. Dia berasa lemas dan panas memakai dress lama-lama.

Tidak lama itu, Alisa keluar dengan hanya mengenakan oversized shirt paras lutut dan rambutnya yang diikat ekor kuda bersama kasut converse high hitamnya. Sling beg gambar patung arnad warna putih disilangkan ke tubuhnya.

Alisa membuka pintu sambil sebelah tangab dia membawa dress yang dipakai olehnya tadi untuk dibawa ke pihak produksi untuk dipulangkan kembali. Dress tersebut dimasukkan ke dalam paper bag bersaiz besar dan diserahkan kepada Kevin.

Mereka berdua berjalan beriringan. Alisa asyik berbalas chat dengan rakan-rakan dia di universiti dia yang dahulu. Ada yang sudah memulakan kerja, dan ada yang masih menganggur sama sepertinya.

Kevin menyerahkan paper bag itu kepada salah seorang staf yang bekerja di bahagian busana. Sejurus itu, Kevin segera beredar dan mendekati Alisa yang menunggunya di pintu keluar studio itu. Alisa memeluk lengan Kevin erat dan lagak mereka tidak lepas dari pandangan staf-staf disitu.

Mereka sudah maklum bahawa Alisa dan Kevin sangat rapat. Walaupun hubungan mereka hanya sekadar pekerja dan majikan. Kevin sering mendapat jolokan sebagai bodyguard dingin. Sukar mengukir senyuman dan raut wajahnya kelihatan serius sentiasa.

Alisa yang baru sahaja menjejak kaki di lantai dobi dikejutkan dengan bunyi jeritan suara seseorang. Wajah dia bertukar ceria melihat Hakim berada disitu. Tapi, kelamaan itu raut wajah dia berubah melihat sahabatnya, Rossa turut bersama lelaki itu.

"Awak buat apa dekat sini Hakim?" Soal Alisa dengan riak hairan. Setahu dia, Hakim tidak berada di sekitar Ampang dan menguruskan projek barunya di Kelantan.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now