Pagi itu, Nurin bersiap-siap mengemas meja makan. Maklumlah, dia ada masa sejam lagi sebelum berangkat ke tempat kerja. Nurin tersenyum melihat nasi goreng cina dan sandwich sardin yang sempat dia siapkan selepas subuh tadi. Nurin mengelap kabinet dapur yang digunakan tadi.
"Banyak kau masak hari ini Sarah..." tegur Sofea yang berpakaian sukan. Dia mengelap peluh dengan kain tuala kecil yang disangkut pada batang lehernya.
"Awak kau balik? Bukan kau cakap nak jog lama lagi ke?" Nurin berkerut dahi melihat sepupunya yang terpacak di sebelah dia.
Sofea tersengih. Kerusi ditarik, lalu dia duduk. "Malas. Lagipun aku dah workout hari-hari dekat kem...dah fit dah badan aku ni haa..." dia menunjuk pada dirinya sendiri.
Nurin terus menjuling mata ke atas. Automatik dia memicit-micit pipi tembam dia. Sofea yang melihat kelakuan pelik Nurin mengerut dahi hairan.
"Yang kau picit-picit pipi kau tu kenapa? Buat senaman pipi?" Perli Sofea. Dia menarik pinggan yang sudah terisi nasi goreng cina.
Nurin memasamkan wajah. "Bukan lah. Pipi aku ni haa...macam kena pam je. Tembam bukan main. Padahal badan aku maintain je..." rungut Nurin.
Dia menyuap nasi goreng ke dalam mulut. Sofa terus menghamburkan tawa. Hampir saja tersembur keluar nasi yang dimakan dia tadi. Nurin membuat wajah jijiknya.
"Woi pompuan! Senonoh lah sikit!" Tegur Nurin dan menghulurkan air kepada sepupunya.
Sofea masih lagi melepaskan tawa dia. Gelas yang berisi air masak disambut olehnya. "Aku bukan apa..."
"Kau tu haa...yang pelik. Pipi naik tu normal lah. Badan naik tu yang tak normal. Perempuan kan anti kalau berat badan naik. Normal lah pipi kau tu macam pau..."
Nurin mencebik bibir. Kadang-kadang dia cemburu dengan Sofea yang memiliki tubuh badan ideal untuk seorang perempuan. Tapi cepat-cepat dia beristighfar. Tak elok pertikaikan berat badan atau ciptaan Tuhan.
Body shamming. Nurin cukup benci jika ada mulut-mulut yang mengutuk bentuk badan seseorang itu. Bukan mereka yang menghentak badan kurus kering, chubby atau gemuk sekalipun. Sudah Allah ciptaan sebegitu. Mereka harus terima dengan redha.
Bukan menjatuhkan mereka. Membuatkan rasa keyakinan diri mereka semakin berkurang. Nurin cukup mengambil perhatian tentang keadaan itu. Yang semakin banyak di media sosial.
Sofea mengangkat pinggan, kemudian dia bawa ke singki untuk di cuci. Instant shawl yang dipakai dililit di lehernya. Bimbang basah dan terkena percikan sabun. Nurin pula mengemas meja makan. Hanya mereka berdua saja di rumah serba besar itu.
"Kau pergi rumah abang Aidil. Abang tak cakap apa-apa ke?" Sofea mengelap tangan pada kain tuala yang tergantung di bawah singki.
Nurin mengeleng. "Abang Aidil tak cakap apa-apa pun. Cuma, kau tahu tak yang Abang Aidil dah berhenti jadi askar?"
"Oh pasal tu. Aku tahu. Sebab Abang Aidil bagitahu abah aku pasal dia berhenti jadi askar tu. Abah pun tak cakap apa-apa. So, abang Aidil decide nak manage company bapa mentua dia"
Nurin terangguk-angguk. Patutlah dia sudah lama tidak nampak Aidil memakai celoreng warna hijau itu. Automatik wajah dia menjadi mendung.
"Kau kenapa? Sedih-sedih pula. Tadi bukan main happy bagai..." Sofea menepuk kuat bahu sepupunya itu. Membuatkan Nurin berdesis sakit.
Nurin segera mengeleng. "Tak ada apa-apa pun. Tapi, lepas ni aku tak boleh lah cuci mata tengok abang Aidil pakai baju askar..."
Sofea kembali melepaskan tawa dia. Kenal sangat perangai sengal Nurin yang satu itu. Kalau Aidil pakai baju askar tu, mata Nurin seakan-akan bersinar macam bintang. Nak tebus ditenung Aidil itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/223127214-288-k428572.jpg)
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...