▪︎🌹- 70 ▪︎

5.3K 467 25
                                    

Angel menurunkan kacamata hitam sambil mengurai rambut perang miliknya. Mata dia memicing kecil, melihat pasangan yang sedang makan tidak jauh darinya. Bibirnya menarik senyuman kecil.

"Go on Zyan. Be happy with your wife first..." guman dia perlahan. Menyilang kaki hingga menyingkap dress paras peha yang dipakai olehnya.

Angel mengetul jari runcingnya di atas meja kaca bulay itu. Mata itu tidak beralih dari menatap pasangan—Zyan dan Nurin. Melihat Zyan yang ketawa bahagia membuatkan jiwa Angel ingin merengut kebahagian mereka.

Tapi sabar dahulu.

Angel masih mahu melihat wajah Nurin yang tersenyum di sisi suaminya. Tunggu hingga tiba waktunya, Angel mahu melihat hanya airmata di wajah itu.

"How pity you are, Nurin Qaisarah"

Angel kembali mengenakan kacamatanya. Berjalan keluar dari restoran itu dengan senyuman manis di bibir merahnya.

Di satu sudut, Nurin tersenyum melihat keprihatinan suaminya. Melihat bagaiman Zyan melayannya lembut. Ah-dia merindukan Zafrael pula.

Walaupun Zyan sedikit kasar, tapi masih ada satu sisi yang hampir menyerupai side Zafrael. Mungkin Nurin lupa bahawa di depannya merupakan orang yang sama tetapi memiliki dua jiwa yang berbeza.

"Dah kenyang?"

Nurin mengangguk. Perutnya terasa penuh. Dia menepuk lembut perutnya seraya bersedawa kecil. Zyan yang mendengar hanya mengeleng kepalanya. Faham sangat sikap lepas laku Nurin.

Kadang tak kira tempat.

Macam mana lah Zafrael hadap?

"Kau nak balik atau ikut aku pergi ofis? Aku ada kerja sikit nak settle..." kain napkin di atas meja diambil lalu menyapu tepian bibirnya.

Zyan melihat jam di tangan kirinya. Hampir pukul 3 petang. Sudah 2 jam mereka di restoran itu. Melayani masa mengidam Nurin.

"Saya ikut awak jelah. Bosan kalau balik mansion. Takde apa-apa nak buat pon" rengek Nurin.

Zyan mengangguk. Dia mengangkat tangan kanannya, memanggil si pelayan. Tak lama itu, seorang pelayan wanita datang membawa buku bil. Zyan mengeluarkan black card miliknya dan diberikan kepada pelayan wanita itu.

"Just a minute sir" pelayan itu pergi ke kaunter membawa black card milik Zyan.

Nurin berbinar mata melihat kad hitam itu. Pertama kali melihat di depan mata. Selama ini, Zyan hanya menggunakan kad bank tapi kali ini—Nurin tidak tahu sekaya apa Zyan.

Pelayan wanita itu kembali membawa resit dan bil makan mereka. Zyan menyimpan kembali black card miliknya. Berdiri sambil membantu Nurin bangun dari kerusi. Beg tangan wanita itu disilang ke tubuh kekarnya.

Zyan pejam mata melihat beberapa pelanggan memandang dirinya. Jatuh martabah dia membawa beg sling milik Nurin. Ditambah lagi warna pink. Sungguh, Zyan hanya mahu bersikap gentlemen saja.

Nurin mengemam bibir. Alang-alang ada yang bawakan, dia diam saja. Bila lagi nak tengok Zyan tunduk padanya. Selalu ayat-ayat kasar saja.



















"Berhenti ikut aku lah jantan!" Suara Alisa melengking kuat. Bergema di lorong sepi itu. Memandang sosok lelaki yang tersenyum-senyum sendiri sejak dari tadi.

Alisa ingin saja menumbuk wajah lelaki itu. Sudah beristeri tapi tetap saja menganggu dirinya. Sungguh dia berasa rimas sangat-sangat.

Macam tak ada keje je!

Hakim masih sama. Mendekati gadis itu dengan senyuman tak lekang dari bibir. Dengan berani, dia memegang tangan kanan Alisa. Terjengil mata Alisa melihat kelakuan tak tahu malu bekas kekasihnya.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now