▪︎🌹- 57 ▪︎

15.2K 1.1K 120
                                    

Pipi ditekup dengan kedua siku ditongkat di atas meja. Mata Nurin fokus memandang si suami yang serius membelek laporan yang dihantar oleh Kevin. Entah apa mimpi Zafrael mengheret dia bersama ke pejabat sedangkan Nurin baru berangan-angan mahu merathon menonton drama Korea yang sudah di-downloadnya sejak semalam lagi.

Tapi apakan daya, Nurin pasrah apabila Zafrael tetap mengheretnya menggunakan kuasa veto sebagai seorang suami. Nurin memucungkan bibirnya dan sesekali membasahkan bibirnya yang terasa kering.

Haih bosan! Itu yang dirasakan olehnya. Nurin akhirnya menelengkup wajah di bawah lengan dan menampung berat kepalanya. Nurin mengoyangkan kaki pendeknya.

"Sarah..."

"Hmm" sahutnya malas. Zafrael ternaik bibir melihat gelagat Nurin.

"Tolong aku" kata Zafrael dingin.

Nurin segera mendongak kepala. Dia tercengang apabila mendengar perkataan 'Tolong' dari suaminya. Selama ni bukan main payah lagi Zafrael nak sebut perkataan tu. Haih- harini macam tiber pula...desis hati Nurin.

Zafrael menolak Macbooknya dan memusing Macbook hitam itu menghadap Nurin. Dia juga membuka sebuah fail dan diberikan kepada Nurin.

"Key in semua data-data tu dalam satu fail. Lepastu kau e-mail pada Mr President"

Nurin mengangguk laju. Senyuman lebar terpacar di wajahnya. Nurin segera mengerakkan jari-jarinya di atas keyboard dan membuat kerja seperti yang disuruh oleh Zafrael.

Melihat Nurin yan hanyut dalam dunianya, Zafrael segera berdiri dan mengemaskan pakaian dia. Kot disangkut di lengan kiri. Dia mengambil dompet dan kunci keretanya. Dia memandang Nurin dan jam di pergelangan tangan dia.

"Aku nak jumpa klien jap. Kau settle kan semua keje tu sebelum lunch nanti. Apa-apa kau boleh tanya dekat Kevin" ujarnya.

Nurin mengangguk laju. "Beres bos..." dia mengangkat ibu jarinya dan tersenyum lebar.

Zafrael tidak berkata apa-apa dan mengosok lembut kepala Nurin. Tidak lupa juga dia mengucup tepi dahi isterinya. Baru dia pergi dan keluar dari pejabatnya. Nurin pula sudah merah muka kerana kelakuan romantis Zafrael yang tiba-tiba itu.

Di bahagian lobi, Zafrael berjalan segera masuk ke dalam keretanya yang sudah terpakir di pintu masuk utama. Dia segera menekan minyak dan memecut laju meninggalkan ZN Group yang agak sesak kerana bersebelahan dengan hotel milik keluarganya.

Tiba di sebuah restoran Jepun, Zafrael memakir keretanya dan mematikan enjin. Dia melihat orang yang ingin dia jumpa sudah menunggunya di dalam. Zafrael segera masuk ke dalam restoran itu dan terus menuju ke tempat perempuan itu duduk.

Tanpa izin, Zafrael terus menarik kerusi dan melabuh punggungnya. Perempuan itu terkejut dengan kehadiran Zafrael yang mengejut itu. Kemudian, dia tersenyum manis.

Tidak lama itu seorang budak lelaki sebaya Naufal berlari dan memeluk Zafrael erat. Wajah dingin itu terus digantikan dengan wajah cerianya melihat budak lelaki itu sudah semakin besar dan lincah.

"Long time no see, boss. Where your wife?" Perempuan itu bersuara. Sesekali meniup anak rambutnya yang menutupi dahi.

"Office" balas Zafrael sepatah.

Mata dia lebih tertumpu melihat budak lelaki yang kini duduk di atas pangkuan dia. Tangan Zafrael bergerak mengosok kepala budak lelaki itu.

"Boss I want my money hehe..." gadis itu tersengih. Tanpa rasa mahu menadah tangan meminta wang kepada Zafrael.

"How much?" Mata Zafrael tajam merenung gadis itu.

"Erm...250k? Aip- bos dah janji kan yang selebihnya hadiah untuk aku sebab jaga budak ni dari baby lagi. Jangan kedekut sangat bos..."

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now