▪︎🌹- 29▪︎

16.4K 1K 144
                                    

Zyan tersenyum melihat penampilan dia pada malam itu. Dia mengenakan tuxedo serba hitam. Mata tajamnya bersinar melihat tetamu yang hadir pada malam itu. Dia berdiri di meja sambil memegang segelas minuman sparkling. Dia perasan, banyak mata melirik memandangnya tetapi Zyan tidak mempedulikan lirikan mata para wanita itu semua.

"Zyan..."

Dia menjungkit kening melihat Ryu. Lelaki itu kelihatan kacak dan tidak seperti sebelum-sebelum ini. Jika sekali pandang, Ryu kelihatan seperti rakan perniagaan yang lain. Tapi, tiada sesiapa tahu bahawa Ryu pemimpin Yakuza yang masih bertapak hingga kini.

"Kau hantar Lucca settle kan masalah dekat casino?" Ucap Ryu tanpa kiasan. Terus dia utarakan pertanyaan begitu kepada Zyan.

Zyan mengangguk. Ryu menatap wajah bersahaja Zyan. Lupakah Zyan bahawa Lucca masih di bawah umur. Budak itu baru saja berusia 18 tahun. Tergeleng kepala Ryu melihat sikap selamba sahabatnya seorang itu. Nasib baik, Hunt tidak banyak bunyi menghantar anaknya ke sana.

Ryu menahan seorang pelayan lelaki yang menatang dulang berisi minuman buah-buahan. Ryu memilih jus oren lalu diteguknya perlahan sambil memandang suasana di dalam ballroom itu. Sangat meriah dan diiringi alunan muzik lembut.

Tidak lama itu, Ryan Zafran dan ahli keluarganya masuk ke dalam ballroom itu dan menjadi perhatian penuh. Hanya Zyan berada di dalam kelompok ahli bisnis yang lain dan tidak menyertai ahli keluarganya. Bagi Zyan, itu sangat membosankan. Dia bukan Zafrael.

Keluarga besar Zafran duduk di sebuah meja bulat berhadapan dengan pentas utama. Kakitangan pekerja, tetamu jemputan dan ahli keluarga terdekat yang hadir pada malam itu turut memeriahkan suasana. Naufal, si kecil yang lincah berlari ke sana sini bersama kanak-kanak yang lain. Naufal kelihatan comel dalam persalinan tuxedo hitam yang ditempah khas untuknya.

Nurin, Puteri dan Fatia kelihatan cantik pada malam itu. Mereka duduk bersama staf-staf bahagian kewangan yang lain. Encik Azil hadir bersama isteri dan dua orang anaknya. Nurin seronok kerana dapat berkenalan dengan isteri Encik Azil yang ramah dan sangat mesra pada pekerja bawahan suaminya.

Tanpa Nurin sedar, sepasang mata tajam merenungnya dari jauh. Zyan tersenyum sinis menatap wajah Nurin yang asyik tertawa dan berbual mesra bersama kelompoknya. Air di dalam gelas panjang itu, digoyang perlahan oleh Zyan.

"Hmm...menarik" ujarnya perlahan.

"Apa yang menarik?" Ryu menyoal. Hairan dia apabila telinga dia menangkap ayat hujung yang disebut oleh Zyan.

Zyan diam. Gelas yang kosong diletak ke atas meja bulat itu. Dia berjalan bak model menuju ke meja yang diduduki oleh Nurin serta yang lain. Nurin yang terasa seseorang memerhati dirinya segera menoleh ke kiri. Tersentak Nurin apabila menangkap renungan mematikan dari bos besarnya.

"Ikut aku" arah Zyan sebaik sahaja dia tiba di sisi Nurin. Membuatkan Fatia segera menyonggol lengan Nurin yang kelihatan mengelamun.

"Eh, tapi- saya tengah makan" laju Nurin menolak. Mengangkat sedikit pinggan yang berisi kuih muih. Baru dia jamah dua ketul karipap.

Zyan merengus perlahan. "Ikut aku! Aku tak suka arahan aku kau bantah!" Ujarnya dalam nada sedikit keras. Membuatkan Nurin segera bangkit dari kerusinya.

"Ok...ok...ish sibuk je kacau orang makan" Nurin mengerutu perlahan. Beg tangan serta telefonnya dicapai laju. Mengikuti si ketua yang sudah melangkah ke arah meja yang diduduki keluarganya.

Nurin kalau boleh nak saja dia menghilang diri. Melihat banyak mata memandang dan berbisik melihat keakraban Nurin dan CEO mereka. Sudah banyak desas desus tersebar, tapi masing-masing belum mendapat kepastian.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now