▪︎🌹- 53▪︎

13.7K 1.1K 167
                                    

Nurin tersenyum sendiri menonton drama di dalam telefonnya. Sesekali dia menjerit kecil kerana melihat adegan romantis dalam drama yang ditontonnya membuatkan Zafrael yang berada di meja kerjanya terganggu kerana jeritan Nurin. Dia menghembus nafas melihat Nurin yang tersenyum-senyum sendiri.

Zafrael memutuskan untuk berhenti dari memeriksa laporan yang dihantar Kevin ke mansionnya. Laporan itu dia akan serahkan kepada Zafran untuk memeriksa lebih lanjut. Perlahan dia bangun dari kerusi dan mendekati Nurin yang duduk di sofa membelakangi meja kerjanya.

Dahi Zafrael berkerut melihat adegan drama yang ditonton isterinya melalui aplikasi iQiyi itu. Bahkan Nurin tidak menyedari bahawa Zafrael berdiri di belakangnya. Mata dia mengecil melihat adegan ciuman pelakon utama dan dia melihat reaksi Nurin di hadapannya.

Nurin yang sedang memeluk bantal itu- sudah geram kerana adegan sweet pasangan di dalam drama 'You Are My Glory' yang membuatkan dia mengigit hujung bantal kerana tidak mahu mengeluarkan jeritannya.

"Why not you kiss with me?"

Nurin terkebil-kebil mendengar suara Zafrael yang hampir di telinganya. Pusing je belakang tanpa sengaja bibirnya menyentuh lembut tepi bibir Zafrael. Mereka berdua saling berpandangan.

Zafrael menarik senyuman sinis. Menahan bahu Nurin untuk tidak bergerak. Nurin makin gelabah dan menjauhkan bibirnya dari menyentuh bibir Zafrael.

"Ckck...macam mana rasa yang real punya? Lembut kan?" Zafrael menjungkit kening berulang kali.

Dia melompat dari belakang sofa dan duduk di sebelah Nurin yang masih terkejut dengan kejadian ciuman tadi membuatkan Nurin malu mahu memandang wajah Zafrael.

Zafrael menutup telefon Nurin. Dia memegang kedua pipi Nurin dan menekup kuat pipi gadis itu hingga mulut Nurin memucung ke depan.

"Bibir aku ni tak pernah lagi ada orang sentuh- erm kecuali Opal. Dia suka cium aku dengan air liur dia. Tapi aku tak kisah sangat...tapi kau orang pertama rasa bibir merah nan lembut aku ni..." Zafrael berkata dalam nada bangga.

Nurin mendengus kuat. Dia menarik kasar tangan Zafrael dari memegang pipinya. Nurin mencebik mengingat kembali kata-kata Zafrael.

"Orang tak sengaja. Macam lah saya nak sangat cium bibir awak tu!" Balas Nurin dan melempar kasar bantal ke wajah Zafrael.

Zafrael terkekeh kecil. "Betul ke? Bukan dulu kau suka cium aku dekat dalam gam- umphh!"

Nurin menekup laju mulut Zafrael. Mata dia melilau memandang bilik kerja suaminya. Risau ada orang dengar kata-kata Zafrael yang boleh membuatkan dia malu tujuh keturunan.

"Awak jangan nak ungkit sejarah silam saya ya!"

Zafrael menarik lembut tangan kanan Nurin dan dibawa ke dadanya. Nurin pula berdebar apabila dapat merasakan degupan jantung Zafrael.

"Mujur aku bukan Zyan. Kalau Zyan mungkin tangan kau ni dah selamat kena potong agaknya..."

"Macam lah saya nak percaya cakap awak"

Nurin tidak percaya dengan kata-kata Zafrael. "Awak berdua bukan orang sama ke?"

Kening Zafrael berkerut. "Apa sama?"

Nurin tersenyum sinis. Dia laju menarik tangan dia dan berdiri. Tidak lupa juga telefonnya. Zafrael menantikan kata-kata Nurin.

"Sama-sama setan!"

Macam splash Nurin berlari meninggalkan bilik kerja suaminya sebelum Zafrael mengejarnya. Zafrael sudah ternganga apabila Nurin mengata dia depan-depan.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now