▪︎🌹- 69 ▪︎

5.8K 618 32
                                    

Nurin terjaga dari tidur kerana berasa lapar. Mata dia mengecil melihat jam di dinding. Pukul 3 pagi. Perlahan, dia bangun dan turun dari katil. Tangan dia meraba-raba di dinding mencari suis lampu.

Tap! Bilik bernuasana hitam kelabu itu terang benderang di pagi hari. Nurin melihat sekeliling bilik. Tiada kelibat suaminya disitu. Nurin mengangkat bahu dan berjalan keluar sambil memegang pinggang nya. Menguap besar sambil menuruni tangga.

Mata dibuka luas, melihat ruang tamu hanya bercahaya remang-remang. Nurin berdiri di depan peti ais. Mendongak memandang bahan basah. Dia mengusap dagu, memikir menu masakan.

"Anak ibu nak makan apa, hm?" Nurin mengusap lembut perutnya. Terasa tendangan kecil membuatkan Nurin tersenyum.

"Baik, ibu masak maggi goreng basah!"

Kali ini dua tendangan kecil dirasakan di perutnya. Membuatkan Nurin sedikit meringis menahan sakit. Dia mengeluarkan sayur, isi ayam dan satu pek maggi. Nurin memulakan masakan dia pada pagi itu.

Sambil menunggu maggi yang direbus, Nurin membuka bahagian sejuk beku. Senyuman semakin lebar, melihat semangkuk ais krim perisa vanilla. Baru saja tangan dia ingin mencapai bekas aiskrim itu, satu suara mengejutkan dirinya dari belakang.

"Kau buat apa ni?" Nurin terkebil-kebil memandang Zyan yang berdiri di belakangnya.

Lelaki itu bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Sudah menggunakan pakaian santai. Nurin tidak sedar, entah bila masa suaminya pulang. Enjin kereta pun tidak dengar.

"Eh, bila awak balik?" Bukannya dijawab, Nurin melontarkan pertanyaan yang bermain di kepalanya.

Zyan mendengus, mendekati wanita hamil itu lalu menutup peti ais. Nurin mencebik bibir.

"Aku balik bila-bila pun tak penting. Kau tu? Buat apa kat sini malam-malam?" Zyan mencekak pinggang. Dia yang ingin minum air tidak jadi apabila melihat bayangan isterinya di dapur.

Patutlah tiada bayang isterinya di bilik.

"Lapar"

"Lapar?"

Nurin angguk. Dia menutup api dapur menapis maggi yang telah masak lembut. Nurin bernyanyi kecil dan membuka kembali api dapur. Mata Zyan terbeliak melihat menu masakan isterinya.

"Kau makan maggi?!"

Nurin mengangguk tanpa rasa bersalah. "Haah, saya teringin nak makan maggi goreng basah"

Sejujurnya Nurin sudah terliuar sejak malam tadi tapi dihurungkan hasratnya apabila melihat jam sudah pukul 10 lebih. Tidak sangka, dia akan terjaga di pagi ini.

"No! Aku tak izinkan!" Tegas Zyan. Merampas senduk dari tangan Nurin.

Nurin mencerlung tajam ke arah Zyan. Bukannya takut tapi melawan. "Kenapa? Saya lapar tau tak! Bak balik sini senduk tu!"

Zyan mengeleng kepalanya. Menutup api dapur dan membuang maggi yang sudah masak separuh itu ke dalam tong sampah! Mata Nurin terbeliak melihat maggi yang dimasak olehnya selamat masuk ke dalam tong sampah.

"KENAPA AWAK BUANG HAH!" suara Nurin meninggi. Dada dia turun naik dengan laju. Bengang dengan tindakan suaminya.

"Kau nak bagi makanan tak sihat untuk anak aku? Big no, Nurin! Aku tak izinkan!"

Nurin mengetap bibirnya. Airmata sudah bergenang. Bahu dia jatuh melihat makanan yang diidamkan olehnya sudah menjadi sisa tong sampah.

"Kenapa? Kenapa awak buat saya macam ni? Awak tahu tak, saya susah payah masak semua tu tapi awak buang macam tu je?" Suara Nurin bergetar. Mengusap perutnya.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now