▪︎🌹- 89 ▪︎

5.2K 443 95
                                    

LIMA TAHUN KEMUDIAN.

"Khaleef! Jangan lari!"

Kelihatan seorang budak lelaki berusia 4 tahun berlari penuh semangat menghidari kejaran seorang wanita dari belakangnya.

Budak lelaki itu tertawa kuat apabila tubuhnya berjaya ditangkap oleh wanita itu. "Haa, dapat pun!"

Nurin mengeletik tubuh anaknya. Khaleef Ziqfran. Permatanya. Nurin kini bahagia bersama Khaleef di bumi Sakura. Sebaik saja dia habis berpantang, Nurin berpindah ke negara Jepun itu bersama ibu dan adiknya.

Kerana Amin mendapat tawaran belakar di sana setelah tamat STPM lima tahun lalu. Kini, keluarga kecil itu bahagia di bumi sakura itu.

"Ohayou!" sapa jiran mereka tatkala melihat Nurin yang berjalan bersama Khaleef.

"Ohayou, Kirin-ssan..."

Nurin gembira berasa di sana. Tambah-tambah lagi kejiranan mereka ada beberapa orang dari Malaysia.

"Kirin-ssan!" Khaleef berlari kecil mendekati Kirin yang berdiri di dalam pagar.

"Nīsan wa dokodesu ka?" Khaleef bertanya. Tercari-cari anak Kirin-ssan yang berusia 10 tahun.

Kirin menunduk memamdang Khaleef. Wajah Khaleef sedap mata memandang. Kecik-kecik dah nampak hensem dia.

"Nīsan pergi sekolah. Khaleef main sini petang nanti ya..."

Khaleef murung. Baru je dia nak ajak anak Kirin-ssan bermain bersamanya. Nurin yang melihat anaknya murung memeluk bahu Khaleef.

"Abang pergi sekolah. Nanti dah balik Ziq boleh main dengan abang..." pujuk Nurin.

Dengan lambat Khaleef mengangguk. Nurin kembali berdiri dan membungkuk sedikit badan kepada Kirin-ssan.

"Kami pergi dulu..."

Nurin membawa Khaleef pulang setelah penat berkejaran di taman tadi sambil-sambil itu menghirup udara sejuk. Sekarang musim luruh, rata-rata di bandar dibanjiri daun-daun pokok dan menampakkan suasana yang cantik.

Rumah mereka terletak di hujung jalan dan berdekatan dengan tasik buatan. Lebih tepat lagi private state yang mereka tempati. Di depan rumah, ada dua orang penjaga berpakaian kimono dan samurai terselit di pinggang.

Nurin seketika kaku. Dia kenal dengan pemilik kereta yang terpakir di tepi rumahnya. Tak lama itu, seseorang keluar dari rumahnya dengan memakai kimono yang sama tapi lebih kelihatan mewah dan ada corak.

"Ojisan!" Khaleef berlari dan memeluk kaki Ryu.

Nurin tersenyum dan menyapa Laura yang juga memakai kimono berbunga. Terlihat ukiran tatu di kedua belah bahu Laura menandakan wanita itu seorang isteri yakuza.

"Dah lama ke sampai?" Sapa Nurin mesra

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Dah lama ke sampai?" Sapa Nurin mesra.

"Baru je, datang sini jumpa ibu. Dia cakap Ziq dan Sarah keluar jalan-jalan pagi dekat taman sana..."

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 25 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now