Nurin tersenyum lebar apabila angka jam di meja kerjanya sudah menginjak pukul 5 petang. Ini bermakna, waktu kerjanya sudah pun tamat. Dia mengundurkan kerusi ke belakang, kepalanya diteleng ke kiri. Melihat sesuatu yang terpapar di skrin komputer gadis di belakangnya.
" Oh kau, layan lakorn tak ajak aku pun... " dia mencebik bibir. Seraya mencuit bahu gadis itu dek kerana rasa geram.
Puteri tersengih apabila tertangkap oleh rakan sekerjanya itu. Segera dia menutup youtube di skrin komputernya. Nasib baik dia kantoi di hadapan Nurin. Kalau bos besar? Tak ke habis dia nanti.
Puteri menekup mulut Nurin. " Hish kau ni! Jangan lah cakap kuat-kuat! " dia menegur Nurin dalam nada perlahan.
Mata dia memandang sekeliling ruangan bahagian kewangan itu. Semakin sunyi, apabila sudah ramai pekerja yang berpusu-pusu keluar dari kubikel mereka. Tidak sabar mahu pulang dan mengelak jalan jem.
Nurin menepis tangan Puteri di yang menekup mulutnya. Dia kembali mengheret kerusinya ke meja kerjanya. Dia mematikan pc, dan mengemas fail-fail yang bersepah di atas mejanya.
Puteri juga begitu. Dia pun pekerja baru sama seperti Nurin. Tetapi Puteri masuk satu bulan lebih awal dari Nurin. Dia yang memiliki sijil diploma dalam bidang kewangan membuatkan Puteri senang diserap masuk ke syarikat besar itu.
Nurin menolak kerusi ke bawah meja. Tangan dia mengapai beg bekalan makanan dia dan beg silangnya. Dia menghampiri Puteri yang sedang membawa beberapa buah fail di tangan dia.
" Fail tu kau nak buat apa? " soal Nurin. Naik hairan dia melihat Puteri membawa fail setebal buku teks itu.
" Encik Azil suruh aku calculate balik. Dia takut ada kesalahan dalam jumlah yang dikeluarkan oleh ketua projek kita. So, nak tak nak...aku kena bawa balik benda yang bakal memeningkan kepala aku nanti..." fail itu dipeluk rapat ke dada. Puteri menjatuhkan bahunya.
Baru dia mahu bersenang-senang malam ini namun tiada harapan. Dia harus menyiapkan kerjanya sebelum dihantar pada pagi esok. Nurin pula terangguk-angguk.
Mereka beriringan ke lif. Kawasan di bahagian kewangan sudah semakin sunyi. Hanya tinggal beberapa pekerja sahaja lagi yang belum pulang. Sambil menunggu lif, mereka berdua berbual kosong.
Bunyi detingan lif menyentakkan mereka berdua. Nurin dan Puteri melangkah masuk ke dalam. Nurin mengapai Samsung A30 dari dalam beg silangnya. Dia melihat satu chat yang baru masuk sebentar tadi.
Sofia 💩
- Weh, aku balik lewat tau. Kau balik nanti, jgn lupa kunci umh!
+okay Pia 👌🏻
Nurin menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg. Begitu lah Sofia semenjak dua menjak ini. Selalu pulang lewat. Sampaikan dia sendiri tidak sedar kepulangan kakak sepupu dia itu. Sedar-sedar sahaja, terpacak Sofia di meja makan pada pagi itu.
" Kau chat siapa? " soal Puteri ingin tahu. Jaranglah dia melihat Nurin berbalas chat ketika bersamanya.
Nurin senyum. " Kakak sepupu aku. Dia pesan dekat aku suruh kunci rumah" ujarnya dan terus melangkah keluar sebaik sahaja pintu lif terbuka.
Begitu juga dengan Puteri. Tetapi sebaik sahaja mereka sampai di lobi utaman, keluhan kecil terlebih di bibir mereka. Di luar sana, hujan lebat. Sangat lebat. Nurin mula gelisah.
Mujurlah dia sudah solat Asar di surau tadi. Jika tidak, pasti dia sudah terlepas waktu. Nurin memandang Puteri yang turut gelisah sepertinya.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...