▪︎🌹- 58▪︎

16.2K 1.1K 141
                                    

"Abang..."

Zafrael terjungkit kening memandang Nurin yang mengeletis di sebelahnya. Haa sudah. Buang tabiat ke perempuan tu? Hati Zafrael berdesis kecil. Dia memandang Nurin yang tersengih-sengih di atas katil. Bersandar di sebelahnya yang sedang berehat.

"Kau demam eh?" Dahi Nurin dipegang dan dia berkerut kening apabila merasakan suhu gadis itu normal.

Nurin mencebik bibir. "Awak ni tak romantik lah. Orang nak ajak sweet-sweet pun tak boleh ke?" rungutnya sambil memucungkan bibir ke depan.

Zafrael meletak tepi telefonnya. Badan mengiring menghadap sang isteri yang sedang merajuk. Satu tawa kecil terdengar. Nurin menjeling kemudian kembali sambung rajuknya.

"Ohh...kau nak sweet-sweet eh dengan aku? Boleh...boleh sangat sayang! Abang tak kisah pun..." pipi Nurin diusap perlahan.

Membuatkan Nurin berasa ngeri pula. Segera dia melompat turun dari katil. Bulu roma di kedua tangan dia berdiri tegak. Wajah dia cuak. Zafrael menghambur kuat tawanya melihat reaksi Nurin.

Nurin berasa menyesal. Tak patut dia ajak si kutub utara untuk jadi semanis madu. Memang mengerikan. Nurin berdoa dalam hati, agar malam ini dia tidak mimpi ngeri.

"Lah, sayang. Kenapa berdiri kat situ? Meh sini tidur sebelah abang. Ke sayang nak tidur atas dada abang?"

Reda dari tawa, bukannya mahu berhenti. Zafrael makin menjadi-jadi mengusik isterinya.

"Eii, taknak lah saya!" Nurin membuat muka jijik. Tidak sedar, malam-malam dia lah yang mencari dada bidang Zafrael sebagai ganti bantalnya.

Zafrael senyum sinis. Dia kembali bersandar dan dia membuka Macbooknya. Mahu menyiapkan sedikit kerja sebelum tidur. Mata dia mengerling Nurin yang duduk di kerusi meja solek.

"Malam-malam sayang cari dada abang. Siap raba-raba lagi..."

Nurin menganga tidak percaya. Ingatkan dah berhenti. Makin diteruskan makin buat dia malu. Nurin mahu je merobek mulut suaminya.

"Mana ada! Awak jangan nak fitnah saya! Fitnah tu lagi besar dari membunuh! Huh!"

Zafrael menopang dagu. Sebelah tangan menahan Macbooknya. Zafrael tersenyum sinis melihat wajah bengang Nurin.

"Abang tak fitnah. Kalau tak percaya, boleh tengok CCTV..."

Jari jemari Zafrael laju mengakses CCTV di dalam bilik tidur mereka. Nurin berlari anak dan duduk menempel di sebelah Zafrael. Dia tercengang melihat rakaman di dalam bilik mereka. Zafrael membuka satu fail. Sebelum membuka fail itu, dia memasukkan kata laluan.

Selesai masuk kata laluan, mata Nurin bergerak melihat berpuluh rakaman CCTV yang disimpan oleh Zafrael.

"Mana? Mesti awak tipu saya..." Nurin masih tak percaya. Maklumlah, dia kalau tidur orang humban ke tingkat bawah pun belum sedar.

Zafrael memainkan satu video. Kamera itu betul-betul menyorok ke arah katil mereka. Kelihatan Nurin memusingkan tubuhnya menghadap Zafrael. Kemudian, melabuhkan kepalanya di atas dada bidang lelaki itu. Mengusap lembut sebelum kembali lena.

Zafrael yang tika itu masih terjaga hanya mampu menghela nafas apabila dada dia dihempap oleh Nurin. Puas dia tepi, tapi Nurin makin erat memeluk tubuhnya. Juga melingkat kakinya umpama Zafrael bantal peluk yang sangat nyawan.

Mulut Nurin terlopong luas. Bukan satu dua--boleh dikatakan kesemua video itu merakam kelakuan Nurin.

"A...Awak pasang CCTV dalam bila kita?"

Zafrael angguk.

"OMG!" Nurin menjerit kuat. Bulat mata dia memandang wajah suaminya. Habistu--aktiviti suami isteri mereka dirakam--

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now