▪︎🌹- 22▪︎

19.4K 1K 109
                                        

"Kakak antik!"

Nurin dan Alisa menoleh ke arah pintu apabila mendengar jeritan yang begitu kuat dari Naufal. Kaki kecilnya berlari mendapatkan Nurin yang bersandar di kepala katil. Mujurlah Nurin mengenakan tudung sarung di kepala.

Alisa terpinga-pinga memandang kemunculan si kecil Naufal. Tak akan lah mama dan papa dia dah tahu pasal Nurin? Alisa menggaru keningnya. Memandang Naufal yang kini berdiri di tepi katil Nurin.

"Opal. Datang dengan siapa?" Soal Alisa lembut. Macam mana lah adik dia boleh terlepas sampai ke sini. Tiada pula Kevin memaklumkan kehadiran Naufal.

"Along!"

"Habis tu mana along?" Alisa mencari-cari kelibat Zafrael namun tidak kelihatan. Hanya Naufal sahaja disitu. Naufal memijak penghadang katil lalu naik ke atas katil.

"Au!" Naufal menjungkit bahu sambil mengeleng kepala.

Zafrael hanya menghantar dia di depan pintu kemudian terus pergi selepas membisikkan sesuatu pada Naufal. Nurin pula memandang Naufal yang asyik memandang dirinya. Bersinar-sinar mata Naufal melihat kakak cantik dia di hadapan dia.

"Kakak antik akit ke?" Naufal menyentuh tangan Nurin. Raut wajah dia berkerut sendu.

Alisa memandang sahaja interaksi antara Nurin dan Naufal. Dia juga tertanya, macam mana budak macam Naufal dengan mudahnya mesra dengan orang luas. Sedangkan selama ini, Naufal cukup dingin dengan orang luar. Tapi malam ini, lain pula sikap Naufal. Mesra bukan main lagi.

"Erm...sakit sikit je sayang" kepala Naufal diusap sayang oleh Nurin. Dia memandang Alisa yang kembali ke sofa sambil membuka iPadnya.

Naufal tersenyum. "Opal indu kakak. Dah lama tak jumpa..." ucap Naufal sepatah-sepatah. Biasa lah budak. Nak cakap laju-laju belum lancar lagi.

"Kakak pun rindu awak juga..." pipi tembam Naufal dicium oleh Nurin. Naufal tertawa suka. Dia memeluk patung singanya.

Ktak! Suara pintu yang dibuka dari luar mengalihkan pandangan mereka. Muncul wajah Zafrael dan Kevin. Dua lelaki itu melangkah masuk ke dalam. Riak wajah Zafrael sangat tegang. Dia terus menuju ke arah Alisa yang masih melekat memandang skrin iPadnya.

Apa yang diperkatakan oleh Kevin sebentar tadi, membuatkan darah jantan dia memuncak naik hingga ke kepala. Kevin sudah menundukkan wajahnya. Dia terpaksa beritahu kepada Zafrael kerana ini mengenali Nur Alisa.

Dengan kasar, Zafrael menarik tangan kiri Alisa yang berbalut dengan kain kasa. Masih ada terdapat kesan warna merah disitu. Wajah Alisa terus berubah melihat raut wajah tegang abangnya. Habis lah dia! Bersusah payah dia menyorok kesan kecederaan pada tangan dia tapi kini semuanya terbongkar.

Alisa mengetap gigi. Mata Alisa mencari-cari wajah Kevin. Lelaki itu hanya memandang Alisa dengan wajah serba salah. Tanpa mengeluarkan suara, Kevin mengucapkan 'Maaf' dengan mengerakkan mulutnya sebagai bahasa isyarat.

Alisa hanya mengangguk. Dia faham, Kevin dan Zafrael sangat rapat hubungan mereka. Kevin tidak akan menyimpan rahsia lama-lama. Dia tahu itu. Alisa memandang wajah tegang Zafrael takut-takut.

"Erm...along...a-adik boleh je-jelaskan..." ujar Alisa gagap. Gemuruh dada dia mahu menjelaskan kepada Zafrael.

"Do it!" Zafrael bersuara dingin. Membuatkan dada Alisa semakin mengecut. Takutnya.

Alisa menceritakan semuanya. Mengenai kecurangan Hakim dan kejahatan bekas sahabatnya, Rossa. Segalanya diluahkan kepada Zafrael dengan tangisan mendayu sayu. Nurin hanya diam mendengar ketegangan yang terjadi kepada dua beradik itu. Naufal pula sudah tertidur di atas ribaan dia.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang