▪︎🌹- 16▪︎

18.5K 1K 47
                                    

Zafrael termenung panjang di dalam biliknya memikirkan satu hal yang semakin merungsingkan kepalanya sejak kebelakangan ini. Dia duduk menghadap ke luar tingkap memerhati awan biru dan kenderaan yang kelihatan kecil seperti semut dari bilik yang dia duduki sekarang ini.

"Tuan!"

Zafrael terus memusingkan kerusinya ke hadapan sebaik sahaja mendengar suara Kevin. Lelaki itu tersenyum nipis di hadapan bos besarnya.

"Aku dah dapatkan apa yang kau nak. Memang betul, selama ni dia yang buat masalah dalam ZN Group..." ujar Kevin seraya menyerahkan sebuah fail kepada Zafrael.

"Aku dah siasat perkara ni sebulan lepas. Duit yang dia keluarkan semua duit syarikat. Satu jumlah yang cukup besar dan semua itu dimasukkan ke dalam akaun bank seseorang yang mungkin Tuan tahu siapa orang itu."

"Puan Asyura tahu tentang ni?"

Kevin mengeleng. "Belum tuan. Kau nak aku bagitahu pada dia ke?"

Zafrael mengeleng. Fail tadi dibiarkan di atas meja dan dipandang tanpa perasaan. Dia tahu lelaki itu sudah semakin berani membuat onar di dalam syarikat miliknya. Memang selama ini Zafrael nampak tenang tapi tiada siapa tahu sisi lainnya selain Kevin dan orang tertentu.

"Jangan. Aku taknak Aunty terkejut! Sebab hal ini memang ada kaitan dengan dia. But please, kau tutup dulu kes ni. Bawa bedebah tu pada aku malam ni" tegas Zafrael.

Dia berdiri sambil membetulkan jaketnya. Jam di pergelangan tangan dikerling sekilas. "Bawa dia ke Diamond malam ni"

Kevin yang mendengar arahan dari Zafrael mula meneguk air liur. Diamond. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu sejak Zafrael mula mengambil alih ZN Group tiga tahun lalu. Malah lelaki itu sanggup meninggalkan pekerjaan dia yang cukup diminati olehnya dulu.

"Baik tuan"

Kevin menunduk hormat. Zafrael segera melangkah keluar tanpa membawa fail itu bersamanya. Dia menyerahkan semuanya kepada Kevin. Pandai-pandai lah lelaki itu menguruskan semua masalah di ZN Group. Jika masalah itu besar, maka dia sendiri akan turun tangan.

Tapi dengan perkara begini, Zafrael malas nak ikut campur. Dia sudah bosan mendengar kes kecurian wang syarikat sejak beberapa tahun lalu. Masih tidak serik, padahal sudah diberi amaran beberapa kali olehnya dan juga Zafran.

Zafrael turun ke bahagian kewangan. Melihat bos besar mereka, masing-masing memanjang leher melihat penampilan CEO of ZN Group yang nampak berbeza pada hari ini. Kasual. Terlebih kacak dari biasa.

Dari jauh, Zafrael sudah nampak satu sosok tubuh seseorang yang dicarinya. Laju saja kaki panjang dia mendekati kubikel yang menempatkan gadis itu. Masih lagi tidak sedar kehadirannya.

Sedangkan Puteri sudah menikus melihat bos besarnya berdiri tepat di belakang Nurin yang asyik fokus pada skrin komputer. Dengan kesempatan yang ada, Puteri menendang kaki Nurin dari bawah meja memberi amaran secara tak langsung.

"Aduh! Kau pehal Put?!" Marah Nurin. Hilang fokus dia pada wajah Nurul. Asyik betul dia melayan 7 Hari Mencintaiku 2 dalam waktu pejabat begini.

Puteri menjengilkan matanya beberapa kali kepada Nurin. Sesekali ekor mata dia mengerling wajah Zafrael yang nampak tegang itu. Berpeluk tubuh di belakang Nurin.

"Hish kau ni! Kacau je aku nak tengok Nurul ni!"

Nurin masih tidak mengerti isyarat mata dari Puteri. Dia kembali memainkan drama Melayu itu. Maklumlah, semalam dia terlepas episod, hari ini dia melayan bukan main lagi.

Puteri mendengus kasar. Lantak kau lah Nurin. Kau yang kena bukan aku. Aku dah bagi amaran kau buat derk je! Padan muka kau nanti! Getus hati Puteri.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now