Zafrael tersenyum sinis memandang seorang gadis yang terikat di kerusi. Dia duduk menyilang kaki di sebuah kerusi berjarak 2 meter dari gadis itu. Rokok di tangannya, diselit di celahan bibir. Matanya tidak lepas merenung gadis itu dengan senyuman yang penuh misteri.
"Kev!"
Kevin yang berada tidak jauh dari Zafrael mengangguk laju. Dia membawa satu gayung yang berisi air sejuk. Dengan kasar, dia menyimbah air itu tepat di wajah gadis itu hingga menyebabkan gadis itu tersedar dari pengsannya.
Zafrael mengetuk jarinya di atas armrest itu. Mengeluarkan bunyi yang cukup nyaring. Gadis itu tersedar dan wajahnya kelihatan keliru melihat suasana asing di depan matanya.
"Sa...saya...saya...dekat...dekat mana ni?" Mata dia berbinar-binar melihat pandangan di hadapan.
Tepat di hadapannya, ada seorang lelaki yang duduk santai sambil menghisap rokok. Dia mengerjap matanya beberapa kali dan akhirnya pandangan yang kabur tadi berubah terang. Dia memandang tidak percaya orang di hadapannya yang merupakan orang yang dia kenal dan orang itulah yang mengikat kedua tangan dan kakinya.
"Tu...tu...Tuan Zaf!"
Nurin.
Ya, gadis itu adalah Nurin. Semasa dalam perjalanan, tanpa Nurin sedar Kevin telah memasukkan satu ubat yang membuatkan Nurin tidak sedarkan diri. Semua itu adalah rancangan Zafrael- atau lebih tepat lagi Zyan.
"Bangun juga kau...aku ingatkan kau akan tidur sampai subuh esok" Zyan berkata selamba. Tersenyum sinis sambil menghembus rokoknya.
Kevin di satu sudut menatap kasihan kepada Nurin. Namun apakan daya, Zyan lebih kejam dan sukar untuk hentikan perlakuannya.
"Kenapa? Apa yang Tuan nak dari saya? Kenapa culik saya?" Nurin bertanya laju. Sungguh, dia keliru dengan kejadian yang terjadi pada dirinya.
Diajak keluar oleh Zafrael. Kemudian, melihat adegan yang tidak sepatutnya dilihat oleh dia. Kemudian, di culik dan diikat tanpa sebab.
"Aku ada satu tawaran untuk kau"
Zyan membuang putung rokoknya yang sudah tinggal separuh itu di atas lantai. Dipijak menggunakan kasutnya dan berdiri menghampiri Nurin. Dia berjalan memutari kerusi itu dan membuatkan Nurin mengeletar ketakutan apabila matanya tanpa sengaja melihat kilatan pistol disebalik kot yang dikenakan oleh Zyan.
"Aku nak kau pilih. Aku bagi kau masa lima minit untuk kau pilih sama ada-..."
"Lima minit! Saya taknak!" Tegas Nurin. Dia tidak mahu mendengar tawaran dari lelaki itu.
Zyan berdecit perlahan. Dia melutut sebelah kaki di hadapan Nurin. Mencengkam kuat rahang gadis itu. Nurin meringis sakit apabila menerima perlakuan kasar dari Zafrael.
"Aku bukan Zafrael yang berlembut pada kau! Aku bukan Zafrael yang akan buah perangai gila macam ni" bisik Zyan tepat di telinga Nurin.
Hembusan nafas hangat itu membuatkan Nurin berasa seram. Namun, dia mula berasa satu kelainan mendengar nada suara dan tingkah laku atasannya itu. Zafrael- tidak pernah menyakiti dia.
"Ap...apa maksud Tuan?"
"I have mental disease. Aku taknak explain dekat sini. Aku cuma nak buat tawaran untuk kau"
Nurin berkerut dahi. Mental disease? Gangguan jiwa? Dia memandang atasannya itu dengan renungan yang cukup lama. Menganalisa kelakuan atasannya itu.
"Oh lupa...kau belum kenal aku kan?"
Nurin makin pelik.
"Aku Zyan. Ingat baik-baik nama aku. I am monster"
Zup! Nurin berdecit sakit apabila terasa sesuatu yang tajam mengores laju bahagian pipinya. Titisan darah jatuh dan mengenai pakaian Nurin. Zyan tersenyum puas. Menjilat kesan darah di pisau kecilnya dengan renungan psikonya. Airmata Nurin menitis laju. Sungguh, dia takut mendekati lelaki bernama Zyan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/223127214-288-k428572.jpg)
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Roman d'amour| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...