▪︎🌹- 46▪︎

14.1K 1.2K 204
                                    

Nurin berasa rimas melihat tiga orang gadis yang masih tidak beranjak dari tempat mereka. Berdiri dengan wajah gediknya, membuatkan Nurin ingin saja cabut kaki pergi dari warung Abang Joker. Apatah lagi, ketiga gadis itu tidak habis-habis menatap wajah ketiga lelaki di hadapannya.

"Jaga mata wahai kakak-kakak tepung cap wau. Sekali aku tampar mahu berterabur debu-debu kat muka tu. Zina mata tatap lelaki macam tu" tegur Dekwa dalam sindiran yang sangat pedas.

Kevin dan Amin mengemam bibir manahan tawa. Dekwa seolah-olah tidak takut langsung menyindir sebegitu. Adakah lepas ini mereka akan menyaksikan adegan tarik menarik?

"Diam kau Dekwa! Kau memang dari dulu dengki dengan aku kan? Tahu lah aku cantik dari kau" puji gadis bertudung singkat itu. Tersenyum-senyum seorang diri.

"Cantik ke? Aku rasa lah kan, angsa dekat rumah aku lagi cantik dari muka kau yang penuh dengan tepek-tepek yang entah apa-apa tu" balas Dekwa tidak mahu kalah.

Nurin pula mengiakan. "Orang tak kacau, datang-datang menyalak pulak" sinis Nurin. Menghirup perlahan ABC kepunyaannya.

Ketiga gadis itu sudah terbakar api kemarahan. Gadis bertudung biru, yang merupakan ketua geng gadis itu terus merampas kasar sudu di tangan Nurin. Dihempas ke atas lantai. Pelanggan yang mengunjungi warung Abang Joker mula menumpu perhatian ke arah meja yang diduduki Nurin dan yang lain.

Abang Joker sudah menepuk dahi. Alamak? Adakah sejarah lalu kembali terulang? Kenapa mesti warung buruk dia menjadi tempat budak-budak nak cari gaduh? Isteri abang Joker hanya ketawa melihat reaksi suaminya.

Remaja-remaja lelaki mahupun perempuan disitu mula bersorak. Siapa saja tidak kenal, Nurin dan Dekwa. Merupakan bekas pelajar nakal di sekolah mereka. Nampak saja ayu dan lembut, sekali taring keluar guru disiplin pun angkat tangan. Tak menang tangan nak lawan dua orang gadis itu.

"Kau apahal hah! Kau tak puas hati dengan aku ke?" Jerkah Nurin. Pantang betul kalau dia tengah makan, orang main tarik-tarik macam tu. Memang menaikkan darah Nurin.

"Kau tu yang mulakan dulu. Sedar lah diri kau tu sikit. Kau dan aku jauh beza. Kau apa je ada?" Sinis gadis itu. Menantang berani melawan Nurin.

Nurin mendengus kasar. "Aku ada apa? Ish! Aku memang tak puas hati dengan kau dari dulu lagi. Kau memang tak serik eh kena tibai dengan aku?"

Dekwa sudah menepuk tangan di belakang Nurin. Zyan pula terjungkit kening menyaksikan pergaduhan itu secara langsung. Dia tersenyum sinis sambil menopang dagu sebelah tangan. Agak menarik. Nurin yang sedang menahan marah. Comel di pandangan Zyan.

"Memang! Eh sebabkan kau lah abang Zaid tak suka aku tahu! Asyik-asyik nama kau je dia sebut. Habis tu aku ni apa? Aku yang nak dekat dia, tapi nama kau jugak yang dia sebut. Apa kelebihan kau hah!"

"Aku santau abang Zaid. Kau apa tahu?" Bidas Nurin selamba. Menunjal-nunjak dahi gadis bertudung biru itu. Geramnya.

"Tak guna kau Nurin!" Gadis bertudung biru itu bertindak ingin menyerang Nurin.

Nurin laju mengelak, menghadang kaki kirinya dan membuatkan gadis bertudung biru itu jatuh tersembam di atas jalan. Nurin menekup mulut menahan tawa.

"Ops! Alahai kesiannya...jatuh ya?" Dekwa menambah perasa dengan ketawa cukup kuat darinya.

"Sedap makan pasir?" Sindir Nurin. Masih lagi dalam keadaan menahan tawanya.

Gadis bertudung biru itu bangun dan dibantu oleh kawannya. Dia menyapu debu pasir di pakaian dan tudungnya. Dekwa makin galak ketawa melihat wajah gadis bertudung biru itu dilumpuri pasir tanah.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now