"Kakak..."
Nurin menunduk ke bawah apabila terasa hujung seluarnya ditarik oleh seseorang. Dia tersenyum melihat Naufal yang tengah memandangnya tidak berkelip di bawah sana.
"Ukung!"
Naufal tersenyum lebar. Kedua tangan diangkat tinggi meminta Nurin untuk mendukungnya. Nurin tersenyum dan segera mendukung tubuh kecil Naufal.
"Eh?" Nurin tercengang. Terkebil-kebil mata dia memandang Naufal yang selamat di dukung oleh Zafrael.
Naufal dikepit di tepi pinggangnya. Naufal sudah masam apabila dikendong oleh Zafrael. Tubuh kecil Naufal di dudukkan di atas meja kerjanya.
"Macam mana kau boleh terlepas dekat sini?"
Zafrael bercekak pinggang. Tajam mata dia memandang Naufal yang berani menentang pandangan tajam dia. Zafrael yang berada di bilik meeting bergegaskan meninggalkan meeting nya dan menyuruh Kevin menyelesaikannya. Mama dia menelefon dia dan memberitahu yang Naufal hilang.
Tanpa bertangguh, Zafrael segera menghubungi Jai. Pengawal peribadi Naufal. Ternyata dugaan dia betul. Naufal senyap-senyap menyusup keluar dari pengawasan mama dan papa dia dan datang ke ZN Group bersama Jai semata-mata mahu berjumpa dengan Nurin.
"Hmph! Cibuk je ayong ni!"
Plak! Naufal menjerit kuat apabila kepala dia dihempuk oleh Zafrael. Naufal mencebik bibir. Bukannya takut tapi dia berani melawan.
"Ayong derhaka!"
Membesar mata Zafrael mendengar kata-kata dari adiknya. "Eh kau! Kecik besar je aku tengok kau sekarang ni!"
Ingin dia mencekik Naufal. Nakal!
Naufal melompat turun dari meja. Berlari menyorok di belakang Nurin. Lidah dia dijelir kepada Zafrael.
"Aku potong lidah kau kan!" Ugut Zafrael. Dia duduk di atas kerusi miliknya sambil melonggarkan tali leher.
Krek! Pintu biliknya terbuka lebar. Zafran masuk bersama Jai. Zafran memandang Naufal yang menyorok ketakutan di belakang Nurin. Dengan Zafrael dia masih berani lagi melawan. Tapi dengan Zafran, Naufal akan jadi budak baik.
"Zyan Naufal!"
Terjengul kepala Naufal di balik peha Nurin. Terkedip-kedip mata dia memandang Zafran. Seakan tidak bersalah saja. Zafran bercekak pinggang.
"Sini!"
Naufal mengeleng kepala laju. Kedua tangan dia mengenggam erat seluar Nurin. Sedangkan Nurin pula susah payah menahan seluar dari terlondeh kerana tarikkan Naufal yang boleh tahan kuat.
Nurin memandang Zafrael. Mimik muka kesian ditunjuknya. Meminta pertolongan Zafrael supaya terlepas dari Naufal. Mahu terlondeh juga seluar palazzo yang dipakai Nurin.
"AMAU!" Naufal menjerit kuat.
Terpejam mata Zafran dan Zafrael mendengar jeritan nyaring Naufal. Berdegung telinga.
"Amau! Amau! Amau!" Naufal menghentak-hentak kakinya. Mata dia tajam merenung Zafran.
Zafrael menghela nafas. Susah betul dapat adik nakal macam Naufal. Segera dia bangun dan menghampiri isterinya. Dengan sekali sentakkan, tubuh Nurin jatuh dalam dakapan dia.
Naufal yang melihat Nurin tidak lagi melindungi dia segera berlari. Zafran segera mengejar Naufal di dalam bilik itu. Menggunakan segala kudrat yang dia ada, tubuh kecil Naufal dapat ditangkapnya. Naufal dikepit di celah pinggang dia.
"Padan muka!" Ejek Zafrael. Puas melihat wajah sengsara Naufal.
Naufal menjeling Zafrael. "Ayong jahat!" Jerit Naufal.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...