Nurin menghela nafas lega . Dia baru sahaja selesai menghantar sejumlah wang kepada keluarganya yang jauh di kampung . Dia hanya mempunyai ibu dan adik yang masih bersekolah . Membuatkan Nurin bertekad ingin mengubah nasib mereka sekeluarga .
Dia keluar dari Maybank . Resit ditangan digenggam kemas , dia berharap duit gajinya cukup menampung hidup ibu dan adik di kampung . Kalau boleh , Nurin tidak mahu ibunya mengambil upah menjahit pakaian lagi .
Kasihan . Puan Ramlah sudah tua . Sejak kebelakangan ini , ibunya mudah jatuh sakit kerana faktor usia yang makin lanjut . Adik lelaki dia pula masih bersekolah . Memerlukan wang untuk menampung mereka dua beranak di kampung .
Hanya pada Nurin mereka bergantung . Puan Ramlah bersyukur kerana mempunyai anak sebaik Nurin . Malah Nurin sanggup berkorban berhenti belajar di universiti kerana mereka . Nurin tidak dapat mencapai cita-cita dia apabila dia hanya sempat menyambung pengajian selama 2 tahun .
Nurin melangkah perlahan menuju ke Myvi miliknya . Keadaan lorong yang sunyi , lenggang itu membuatkan dia berasa takut . Tetapi dikuatkan hati . Bibir terkumat-kamit membaca surah pelindung .
Setiba dia di sisi kereta , satu keluhan lemah terkeluar . Dia mengetap gigi apabila satu tayar depan dia pancit . Nurin menjatuhkan bahu . Automatik tangan naik menggaru kepala .
" Kenapa lah masa macam ni kau nak buat hal wahai kesayangan aku ... " dia mencangkung di tepi longkang di sebalik bangunan .
Bibir bawah digigit . Nak telefon pomen , sudah tentu pomen tidur jam sebegini . Bayangkan , Nurin sanggup keluar jam 2 pagi kerana ingin mengirimkan wang kepada ibunya .
" Sekarang kau jawab . Siapa nak tolong aku ni ... " dia memandang tayar keretanya .
Nurin rasa ingin menjerit saja . Malang betul nasib dia di pagi ini . Tiada orang pula lalu lalang ingin meminta bantuan . Bengkel berdekatan pula jauh . Nurin jadi putus asa .
Cahaya lampu kereta dari arah bertentangan membuatkan Nurin mengukir senyuman lebar . Dia kembali berdiri dengan penuh semangat . Berdiri di tengah jalan , melambai tangan sambil membuat lompatan kecil .
Tetapi tidak lama itu , tubuh dia menjadi kaku . Tidak bergerak . Mata Nurin terbeliak luas . Apakah ? Dia mengosok matanya beberapa kali . Tolonglah ... tolonglah cakap yang dia sedang bermimpi .
BANG ! Tetapi bunyi tembakan yang dilepaskan cukup menyakinkan Nurin bahawa ini bukan mimpi . Ini realiti ! Nurin menjerit lantang dek kerana rasa terkejut dan takut .
" Siapa tu ? " seorang lelaki berpakaian serba hitam menoleh ke belakang . Kaki kanan masih di atas kepala lelaki yang ditembak tadi .
Menekan kuat ke atas tar . Kawasan lorong itu sudah penuh dengan sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam . Dia mengecil mata melihat figura tidak jauh dari mereka . Hanya berjarak 100 meter .
" Ada perempuan bos . Nak aku settle kan minah tu ke ? " sahut seorang lelaki yang memegang riffle .
" Tak payah . Kau bawa bangkai ni masuk dalam kereta . Minah tu biar aku selesaikan " arahnya serius .
Sempat kaki dia menendang kuat kepala lelaki itu membuatkan lelaki itu terus tidak sedarkan diri . Lelaki yang memegang riffle itu menjungkit bahu . Dia mengangkat lelaki tadi bak guni di atas bahunya .
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...