▪︎🌹- 65 ▪︎

8.6K 722 70
                                    


''Warda...''

Zafrael menatap tajam seorang wanita yang berdiri di hadapannya. Tidak sangka, wanita tua itu berani menunjuk muka di depannya. Warda tersenyum manis. Tanpa malu, dia duduk di hadapan Zafrael, yang ketika itu seorang diri di sebuah kafe.

''Kau masih ingat aku? Ingatkan kau dah lupa pada 'kekasih' lama kau ni...'' ujar Warda dan tersenyum. Bibir merahnya tidak berhenti menarik senyuman manis.

Zafrael berdecit mendengarnya.

''Aku takkan lupa 'hantu' yang dah musnahkan hidup dan masa budak-budak aku'' Zafrael menarik senyuman sinis. Menghirup perlahan segelas latte di atas meja.

Warda tersenyum saja. ''Kau makin kacak. Tak sangka, Zaf besarkan kau dengan baik. Kalau kau masih dengan aku, kita akan bahagia kan?'' ujarnya dan menongkat dagu.

Membayangi sesuatu yang membahagiakan jika dia berjaya memiliki Zafrael menjadi miliknya.

Zafrael tertawa sinis. ''Itu kalau Zyan, tapi bukan aku...'' 

Warda tersenyum lagi. Tanpa Zafrael sedar, wanita tua itu sudah maju satu langkah dari Zafrael. Sengaja dia muncul di hadapan Zafrael. Ingin melihat sejauh mana Zafrael boleh melawan dirinya. Lupakah Zafrael, bahawa dia yang 'mewujudkan' sisi gelap Zafrael selama ini. Hanya Warda yang boleh melawan sisi gelap Zafrael selain Hunter.

''Is your wife fine?''

Airmuka Zafrael berubah mendengar pertanyaan dari Warda.

''Don't you even touch your dirty hand on my wife!'' keras suara Zafrael memberi amaran. Zafrael berdiri dan meletakkan wang di atas meja.

Dia menatap tajam Warda yang kelihatan tidak tergugat dengan suara kerasnya. Ahh--dia lupa. Warda pandai bermain dengan psikologi. Tidak takut kecuali Zyan.

Warda hanya tunduk pada sisi gelapnya.

''Be happy as long you have a time...'' pesan Warda dengan suara sedikit tinggi. Zafrael meninggalkan dia keseorangan di kafe itu.

Melihat Zafrael hilang di sebalik pintu, tawa Warda meledak kuat. Mata-mata yang memandangnya, tidak dia hiraukan. Warda puas melihat Zafrael terkesan dengan pertanyaan. Puas kerana dia berjaya menemukan titik kelemahan Zafrael.

''Belum aku bunuh perempuan tu lagi. Kalau aku bunuh dia, aku akan pastikan mayat dia kau takkan jumpa...'' dia menarik senyuman sinis.

Meneguk selamba minuman milik Zafrael yang tinggal separuh. Warda--wanita tua itu sangat licik. Sanggup bermain dengan nyawa jika kehendaknya tidak dipenuhi. Warda akan buat apa sahaja, asalkan dia puas.

Membunuh--dia akan lakukan untuk kepuasan dirinya.




Nurin senyum sendiri melihat pantulan dirinya di hadapan cermin. Melihat perutnya yang makin membesar, membuatkan dia berasa tidak percaya saja. Sekejap saja masa berlalu, sedar tak sedar dia bakal menjadi seorang ibu tidak lama lagi. Nurin tidak sabar, menantikan kelahiran anaknya.

Demi keselamatannya dan bayinya, Nurin tinggal di mansion mentuanya. Di pantau oleh ibu mentuanya dan dijaga rapi oleh Zafran yang kini sudah pencen dan hanya bekerja dari rumah. Sejak berita kedatangan Warda, Zafran memutuskan untuk menjaga anak dan menantunya di depan mata. Tetapi, Nurin tidak tahu mengenai Warda.

Mereka tidak mahu kesihatan dan mental Nurin terganggu mendengar nama Warda. Lagi-lagi Warda juga terlibat dengan kisah silam anak lelakinya. Zafran memutuskan untuk menutup mulut sehingga tiba masa yang sesuai untuk dia memberitahu semuanya.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now