▪︎🌹- 71 ▪︎

5K 513 35
                                    

"What?"

Zyan melihat amplop coklat di atas mejanya. Sambil itu mata dia mengerling Nurin yang tertidur di sofa tidak jauh dari meja kerjanya.

Kevin menjungkit bahu. "Mana aku tau. Kau tanya Aston lah, budak tu suruh aku bagi kat kau" ujarnya sambil lewa.

Lagipun, Aston tiba-tiba datang dan beri amplop itu pada dia tanpa sepatah kata. Blah macam tu je. Tak guna punya kawan!

Zyan membuka amplop itu dan melihat beberapa lembar gambar dan surat yang disisip bersama gambar-gambar di atas mejanya.

"Oh, wow" mata Kevin terbeliak. Suara dia sedikit meninggi tanpa dia sedar.

Zyan terus saja menjentik dahi lelaki itu. Mulut dia dimuncung ke arah Nurin. Sedar akan kesalahannya, Kevin menarik senyuman.

"Sorry bro" ucapnya perlahan.

Zyan membaca tulisan-tulisan di atas surat itu. Seketika bibir dia melorek senyuman sinis.

"Finally, aku ada bukti untuk jatuhkan Warda" ucapnya dan bernafas lega.

Dia tidak lagi tersepit dalam kungkungan wanita gila itu lagi.

"Apa yang kau dapat?"

Zyan menghulur kertas itu kepada Kevin. Dibaca penuh teliti oleh Kevin. Lelaki itu menjungkit kening tinggi.

"Mana kau dapat semua ni?"

Zyan bersandar di kerusi. Memeluk tubuh.

"Hunter"

Sebaris nama. Tapi Kevin cukup faham. Kalau dah nama itu meniti di bibir Zyan, tiada orang lain dah. Hanya Hunter yang boleh melawan Warda.

Lelaki tua berdarah panas.
Namun, penuh mematikan.

"Tapi, aku tanak bongkarlan lagi rahsia perempuan gila tu buat masa sekarang. Aku nak 'bermain' sikit dengan perempuan gila tu dan anak dia. Or should I call—illegitimate daughter? Macam mana kalau Angel tau?"

Kevin ketawa kecil. Tak dapat dibayangkan. Bahkan, foto-foto itu membuktikan semuanya.

Tinggal untuk diberi kesaksian saja.

Tak sia-sia dia meminta bantuan dari Hunter.

Lagipun, ada perkara yang belum diselesaikan antara Warda dan Hunter.

Crazy woman vs Hunter.

Zyan tidak sabar menyaksikan semua itu.

"Kau? Bila nak tuntut bela kematian abang kau? You still have the proof kan?"

Kevin angguk.

"Soon. Very soon. Aku nak tengok perempuan tu terkejut beruk ke tak nanti ahahahaha...c'mon lah aku tak habis fikir dia sendiri yang bunuh tapi pura-pura gila. Crazy!"

Zyan tersenyum sinis. Ingin mempergunakan dia? Zyan terlebih dahulu makan garam. Jika mereka gila, maka dia jauh lebih gila. Zyan masih boleh mengawal 'kegilaan' dia yang satu itu.

Kevin tergelak. Jari dia naik memicit hidung. Cuba menahan diri dari mengeluarkan suara kuat. Terjaga mak bayung tu mampus dia!

"Erghh" bunyi suara itu mematikan tawa dua jejaka kacak itu. Seketika wajah Kevin berubah dengan cepat-cepat dia angkat kaki.

"Bro, aku kena pergi jumpa Aston kejap. Ada keje. Apa-apa kau maklum pada aku tau. Bye!"

Tidak sempat Zyan mahu menghalang, Kevin sudah menghilang. Zyan mendengus kasar. Mata tajam itu menatap Nurin yang sudah bangun dari tidurnya.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now