▪︎🌹- 81 ▪︎

4.3K 418 29
                                    

"Papa pasti ke?" Zafuan memandang wajah Zafran meminta kepastian. Riak mereka berdua tampak tegang.

Zafran memicit hidungnya. "Papa tak tahu macam mana lagi nak halang. Tapi, papa nak kamu alih perhatian Zaf! Jangan sampai benda ni sampai ke telinga dia!"

Zafuan meraup wajahnya. Kenapa di situasi macam ni dia muncul? Di tengah ketengangan antara musuh mereka dan datang pula seseorang yang membuatkan Zafuan rasa ingin menghancurkan segala benda pada waktu itu juga.

"Kamu jangan gelabah. Perempuan tu, biar papa yang uruskan. Kamu fokus pada abang kamu je..." kata-kata Zafran terhenti disitu apabila pintu dibuka dengan kasar oleh seseorang.

Alisa masuk dengan wajah seriusnya. Beg miliknya dihempas kuat di atas meja. "Terlambat papa..."

"Apa maksud kamu?" Dahi Zafran berkerut kecil.

Alisa menghela nafas kasar. "Dia dah kat sini. Kalau betul-betul papa nak pisahkan mereka. Alisa rasa tak mungkin sebab dia dah ada kat sini. I saw her last night with Warda..."

Zafran yang mendengar itu terbangun dari kerusinya. Menatap Alisa tak percaya.

"Kalau papa nak Zafuan alih perhatian Zaf, Alisa rasa dah terlambat untuk kita bertindak. Mungkin sekarang dia dan Warda dah satu langkah ke depan..."

Tangan Zafran naik ke leher, membuka tali leher yang menjerut lehernya sedari tadi. Zafuan pula terdiam. Mencerna kata-kata Alisa.

"Macam mana dengan Angel?" Soal Zafuan, melirik Alisa yang memeluk tubuh di sebelahnya. Alisa mendongak, memandang Zafuan.

"Perempuan gila tu? Kau rasa Warda masih nak dia ke? Aku rasa Angel kalau mati sekalipun tak beri kesan dekat Warda. Yang dia nak, hanya Zafrael..."

"Habis tu kenapa selama ni dia hantar Angel untuk ganggu kita?" Zafuan mengerut kening. Memikirkan sesuatu yang selama ini terjadi.

Alisa tergelak kecil mendengar pertanyaan dari Zafuan. "Warda tu bijak! Kalau kita fokus dekat Angel, dalam diam dia dah bawak perempuan tu masuk sini tanpa kita sedar!" Tekan Alisa dalam nada serius.

Zafran terangguk-angguk.

"Apa yang adik kamu cakap memang betul. Kita yang lambat. Papa..." ayat seterusnya tak dapat diteruskan, dipotong laju oleh Alisa.

"Papa jangan risau. Pasal kak Nurin, Alisa janji Alisa akan jaga kak Nurin"

"Apa kita nak buat papa? Papa nak biarkan Zaf kembali pada dia ke? Papa lupa ke apa yang dia buat pada Zaf selama ni?" Zafuan memandang wajah papanya. Menantikan reaksi Zafran.

Zafuan tidak mahu perkara dulu terulang kembali. Zafuan tahu macam mana penderitaan Zafrael ketika itu. Dia sendiri nampak, Zafrael yang menjadi sosok lain hanya kerana perempuan itu.

Zafuan benci!

Tanpa sedar kedua tangan dia dikepal erat. Terbayang-bayang wajah seseorang yang membuatkan Zafrael menderita suatu tika dulu. Tubuh Zafuan tersentak apabila merasakan sentuhan lembut di bahunya.

"Papa tahu kamu marah. Papa tak nak kamu gelabah macam dulu. Kamu tahu kan apa yang jadi? Papa nak kamu kawal perasaan marah tu dengan baik" Zafran berkata lembut. Mengosok perlahan belakang badan Zafuan.

"Jadi papa, kita nak buat apa?"

Mereka berdua memandang Zafran. Menunggu kata-kata selanjutnya. Tapi, Zafran hanya diam sambil menyeluk kedua tangan ke dalam poket seluarnya. Merenung jauh ke luar tingkap. Seketika, hujung bibirnya terjungkit kecil.

























PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now