Pandangan mereka kini memusat pada seorang lelaki yang kelihatan bergaya sekali duduk di atas kerusi . Dia membuat pelbagai gaya dengan wajah datarnya . Walaupun tanpa senyuman , kekacakkan dia masih terserlah lagi .
Kerdipan cahaya , lensa kamera itu tidak lari dari memotret wajah tampan itu . Dia sesekali mengiring , kekadang berdiri disamping seorang model wanita turut bersamanya . Mereka membuat pengambaran di atas keluaran baru koleksi jam ternama dan mewah itu .
Dia , Zyan Zafrael . Seorang lelaki tinggi lampai , kacak dan memiliki tubuh atletis membuatkan ramai wanita menginginkan dia sebagai teman lelaki mereka . Namun , semua itu sia-sia , kerana dia sikit pun tidak melayan apatah lagi mahu dating bersama wanita-wanita itu .
" Bagus Zaf . Kau boleh rehat ... " puji cameraman itu . Berpuas hati dengan kerja Zafrael .
Walaupun lelaki itu mempunyai syarikat sendiri , dia masih lagi mengambil kerja sebagai model sambilan . Malah nama dia tidak kalah dengan model ternama di Asia . Sama-sama naik .
Dia tidak menjawab , sebaliknya terus berjalan menuju ke bilik persalinan . Pandangan dari staf-staf lain tidak dia hiraukan . Tiada masa untuk dia melayan .
" Bos " sapa seorang lelaki berpakaian serba hitam . Di telinga kanan , ada satu alat kemas diselit disitu .
" Hmm " gumam Zafrael setelah masuk ke bilik persalinan . Dia duduk di sofa sambil menyilang kaki . Raut wajah dia jelas menunjukkan dia kepenatan .
Sudah tiga jam dia bekerja tanpa henti . Di hujung minggu , padahal dia harus merehatkan diri . Mata dia dipejam rapat , menunggu ayat selanjutnya dari bodyguard dia itu .
" Cik Alisa nak jumpa bos sekarang ... " ujar lelaki itu dengan wajah datar . Berdiri tegak , dengan tangan disilang ke belakang badan .
Mata yang dipejam kembali terbuka . " Buat apa ? " dia pandang wajah Kevin . Lelaki berwajah cina itu menjungkit bahu tanpa tidak tahu .
" Bawa dia ke sini- " putusnya sambil menanggalkan kacing kemeja yang membuatkan dia lemas seharian ini .
Kevin mengangguk , dia menunduk hormat . Sebaik saja dia buka pintu , dia dikejutkan dengan wajah seorang wanita di hadapan pintu itu . Kevin menegaskan wajah dia .
" Zaf ada ? " soal perempuan itu dalam nada berlagak . Kuku dijari dibeleknya .
Kevin tidak mengangguk mahupun membalas , sebaliknya dia terus pergi meninggalkan perempuan itu terkebil-kebil memandang dia . Tiada masa Kevin mahu melayan model itu . Yang lebih penting keselamatan adik bos dia itu .
Elvina , model yang bersama dengan Zafrael tadi mendengus geram . Dia menjeling beberapa orang staf yang memandang dia yang masih berdiri di hadapan bilik persalinan Zafrael . Dia tersenyum sinis .
" Kau pandang apa ?! Aku nak jumpa teman lelaki aku ... " marahnya tanpa sebab . Dengan wajah ceria , dia memulas tombol pintu itu .
Beberapa orang staf berhampiran bilik persalinan Zafrael mencebik bibir . " Perasan betul minah tu . Macam lah Tuan Zafrael nak layan dia ... " .
" Percayalah ... tak lama pun , perempuan tu akan keluar balik ... " .
Mereka tertawa . Kerana mereka cukup kenal dengan sikap Zafrael yang tidak betah berlama-lama dengan perempuan . Macam ada alergik saja . Zafrael memang seorang lelaki yang begitu payah untuk digosipkan bersama seorang perempuan .
Di luar bangunan itu , Kevin melepaskan lelah di hadapan seorang gadis yang mengenakan dress biru lembut . Kelihatan anggun , dengan rambut dilepaskan . Dia tersenyum pada Kevin .
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...