"Assalamualaikum! Mak, orang dah balik!"
Nurin menjerit kuat. Tercari-cari wajah Puan Ramlah dari halaman rumah. Sofia yang asyik memunggah beg pakaian mereka hanya mampu mengeleng kepala. Tersenyum malu dia mengenangkan sikap Nurin yang hiperaktif lain macam. Alisa pula tidak habis-habis selfie di setiap penjuru halaman Puan Ramlah.
"Mak, ooo mak..." kepala yang tidak gatal digaru Nurin. Entah kemana, Puan Ramlah pergi hingga tidak nampak batang hidungnya.
"Mak long tak ada ke?"
Sofia mendekati sepupunya. Dia tidak terus pulang ke rumahnya. Kerana ibu dan ayah dia juga tiada di rumah. Melawat kawan dia di Kedah. Jadi, Sofia memutuskan untuk tidur di rumah ibu saudaranya.
Bunyi suara motor yang memasuki kawasan rumah Puan Ramlah menarik perhatian mereka semua. Seorang remaja lelaki yang berpakaian sekolah berkerut hairan memandang Zafran dan Zafuan. Yang ketika itu duduk di pangkin berhampiran.
"Amin!"
Amin menekup kedua telinga dia apabila suara nyaring itu memekik kuat. Nurin terus memeluk tubuh adiknya. Melepaskan rindunya. Amin pula masih tercengang melihat kakak dia di depan mata.
"Eh, kau ke kak?"
"Habis tu, takkan roh aku pulak yang terbang balik kampung!" Balas Nurin sinis sekali. Membuatkan Zafuan tidak dapat menahan tawanya.
"Tak ku sangka. Bakal kakak ipar aku ni lawak jugak!"
Zafrael tersenyum nipis. Alisa pula mendekati Sofia yang sudah duduk di atas tangga sambil memangku Naufal yang hampir terlelap. Maklumlah, nak naik atas. Tuan rumah masih tidak memberi izin lagi. Padahal, sebelum-sebelum ini Sofia jenis main terjah masuk saja.
"Mak mana? Aku panggil tak menyahut pun" Nurin memandang Amin yang sudah semakin meninggi. Atau, Nurin yang semakin pendek.
"Mak? Keluar kot hantar baju. Biasanya, masa macam ni mak dah ada dalam rumah..." Amin melihat jam di tangan dia.
Nurin terangguk-angguk. Dia memandang Amin yang sudah mengalas beg sekolahnya. Nurin mengekori adiknya dari belakang. Amin ingin bertanya, siapa gelaran tiga orang itu. Namun, dia tidak sampai hati. Dengan panas lagi. Baik naik ke atas rumah terlebih dahulu.
"Jom naik atas" ajak Nurin kepada Zafrael dan Zafuan yang berada di atas pangkin. Asyik betul dua lelaki itu memandang suasana kampung.
Naufal dikendong oleh Sofia. Sudah terlelap budak seorang itu. Alisa mengekori belakang Sofia. Amin membuka kunci pintu rumah dan dibuka seluas-luasnya pintu untuk menjemput tetamunya masuk.
Nurin menyusun beg-beg pakaian mereka berhampiran dinding. Dia duduk di atas kerusi rotan. Diikuti oleh Alisa dan Sofia. Naufal dibaringkan di atas karpet. Lena sungguh budak tu.
"Kenalkan, adik aku. Amin Firdaus"
Amin menyalami tangan Zafrael dan Zafuan. Kagum juga dia melihat wajah dua lelaki itu. Kacak habis. Dia sendiri pun kalah. Padahal, Amin pun ada rupa. Boleh dikira sebagai stok kacak.
"Korang semua duduk lah dulu. Rehatkan badan. Jom, Pia ikut aku..." bahu Sofia dicuit oleh Nurin.
Nurin dan Sofia menghilang ke dapur. Amin duduk di atas lantai. Zafrael dan Zafuan diam. Masih kekok lagi. Alisa pula memandang dekorasi rumah kayu Puan Ramlah. Cantik. Kemas. Tidak terlalu banyak dengan perabot.
"Assalamualaikum. Lah, ada tetamu. Patutlah ramai semacam selipar dekat bawah sana" suara Puan Ramlah kedengaran. Wajah tua itu muncul di balik pintu.
"Kawan kakak mak. Kakak bawa balik kawan dia" ujar Amin. Menarik tangan Puan Ramlah untuk duduk di atas kerusi.
Puan Ramlah tersenyum ramah. Alisa segera menyalami tangan ibu Nurin. Kini, dia sudah tahu kemana turunnya wajah cantik Nurin. Di usia yang sudah meningkat, Puan Ramlah masih nampak cantik dan sihat.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...