Angel menahan geram. Kedua tangan dia digenggam erat hingga kukunya berubah memutih. Angel tidak sangka penyerangan dia pada malam semalam tidak membuahkan hasil. Apa yang dia dapat adalah sebahagian besar anak buahnya terkorban.
Tapi Angel tetap puas hati kerana berjaya menghancurkan salah satu markas penting Zafrael. Angel tertawa kuat melihat satu kejayaan dia.
"Angel..."
Lelaki berpakaian serba hitam itu menunduk hormat. Angel menatap tajam lelaki itu.
"Aku dah hantar tiga orang anak buah kita menyamar di mansion Zafrael. Nak teruskan ke rancangan penculikkan Nurin?"
Angel geleng. "Tunggu dulu. Aku dapat rasakan ada sesuatu yang paling berharga. Kau tunggu arahan dari aku. Bila aku dah bagi arahan tu kau suruh budak-budak tu buat kerja dorang!"
Lelaki itu mengangguk. Dia mengerti kerana Angel bukan suka buat kerja secara gelabah dan memerlukan perancangan teliti. Angel tahu Nurin di bawah pengawalan ketat. Lagi-lagi gadis itu selalu bersama Zafrael.
"Tapi aku ada satu kerja untuk kau..."
Lelaki itu mengerut dahi. Dia menunggu tugasan baru yang diberikan Angel untuknya.
"Aku nak kau 'usik' perempuan tu sikit je...tak banyak pun. Aku nak kau buat dia sakit dan trauma..."
Angel senyum sinis. Otak gila dia mula menjalankan idea untuk menyakiti Nurin. Dia mendekati lelaki itu dan membisik perlahan. Lelaki itu terus mengangguk faham.
"Bagus. Aku nak kerja kalini berjaya!" Tegas Angel. Dia tak mahu gagal macam penyerangan markas Zafrael.
"Dah keluar..."
Lelaki itu segera keluar dari bilik kerja Angel. Sebaik saja bunyi pintu ditutup, Angel duduk di pinggiran meja kerjanya. Dia menatap foto yang selalu menjadikan dirinya tenang. Angel tersenyum sendiri. Jari dia memutar hujung rambutnya. Dia tersenyum lebar menatap lelaki di dalam frame gambar itu.
Adib. Lelaki yang memahami dirinya.
"Soon, you akan jadi milik I balik. Tapi I akan pastikan perempuan tu merana sebab dia rampas you dari I. Tapi I akan pastikan dia rasa sakit lepas dia rampas you dari I, Adib! Macam mana I rasa sakit! Macam tu jugak dia rasa nanti! I janji Adib!"
Angel menepati janjinya di depan gambar Adib. Lelaki yang menghuni hatinya hingga kini. Angel tersenyum-senyum sendiri. Membayangi dirinya bersanding di sebelah Adib tidak lama lagi.
Dia berjalan menghampiri rak buku. Dia menarik sebuah buku historical yang warna telah kusam dan kulit bukunya agak lain daripada buku-buku yang lain. Sebaik saja dia tarik, sebuah pintu terbuka dari balik rak itu. Angel segera masuk ke dalam bilik itu dan pintu bilik itu tertutup dengan sendirinya.
Angel menyanyi kecil sambil tangan dia mengambil satu tali cemeti sepanjang 2 meter dari dinding. Angel menyusuri lorong gelap itu hingga dia berhenti di hadapan sebuah sel kurungan. Angel tertawa kecil melihat seorang gadis berbaring meringkuk dan seluruh badannya penuh luka sayatan.
"Tch- kesian kau kan. Aku dah cakap kau patut ikut arahan aku, tapi apa kau buat? Hmm...kau berani lawan aku!"
Gadis itu membuka matanya melihat Angel berdiri di hadapan sel besi yang menjadi tempat dia tidur selama satu bulan. Gadis itu mengetap gigi menatap marah ke arah Angel.
"Kau memang tak guna! Kau gila Angel! Kau libatkan orang tak bersalah! Aku muak dengan kerja dengan kau, Angel!"
Angel hanya tersenyum. Dia membuka pintu sel itu dan berdiri tegak di hadapan gadis itu.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...