"Mak!" Nurin berlari anak mendapatkan Puan Ramlah yang ketika itu sedang menyapu di tepi halaman rumahnya.
Kepulangan yang tidak disangka oleh Puan Ramlah sendiri. Mereka berpelukkan di halaman rumah disaksikan oleh Zyan dan Kevin. Nurin menitiskan airmata kerinduannya. Setelah lama tidak balik ke kampung dan tidak memberi khabar berita.
"Bertuah punya anak! Balik tak bagitahu mak pun kan!" Puan Ramlah bercekak pinggang. Geram betul dia dengan Nurin.
Nurin terkekeh kecil. "Mak ni marah-marah macam ni pun comel. Patut lah pak imam suka mak..." pipi Puan Ramlah dicubit-cubitnya.
Puan Ramlah mencerlung tajam. Ada ke patut kaitkan dengan Imam surau mereka. Walaupun, kata-kata Nurin ada betulnya. Acap kali dia terserempak dengan Pak Imam. Ada saja cerita yang panjang. Sedangkan Puan Ramlah memang malas mahu melayan. Orang tua gatal.
"Kamu nak mak jadi bini ketiga ke hah! Balik-balik je buat angin aku naik je budak bertuah ni" bebel Puan Ramlah. Kembali menggapai penyapu lidi yang di sandarkan di batang pokok mangga.
"Balik dengan siapa? Pia tak ikut sekali balik kampung?"
"Tuan Zaf hantar Nurin balik. Pia macam biasa mak, dia ada kursus enam bulan"
Puan Ramlah mendongak. Ketika itu lah, dia tersedar akan kehadiran dua orang lelaki yang berdiri tidak jauh darinya. Zyan bersandar di kereta sambil melipat kedua belah tangan di dada. Kevin pula menunduk hormat kepada wanita bergelar ibu itu.
"Patut lah. Haih, meh lah masuk. Buat apa duduk situ lama-lama. Panas terik ni. Kan hitam macam dayang senandung pulak" ajak Puan Ramlah.
Mujurlah dia sudah siap memasak. Tergerak hati mahu masak nasi dan lauk lebih. Tidak sangka, ada tetamu yang bertamu di teratak kecil mereka. Nurin pula membawa masuk beg pakaiannya. Diikuti oleh Zyan dan Kevin dari belakang.
"Amin mana mak? Tak balik lagi ke?"
Puan Ramlah mengeleng kepalanya. "Ada kelas tambahan lah tu. Tak pun dia main bola dengan kawan-kawan dia. Kejap lagi balik lah adik kau tu"
Nurin mengangguk kecil. Membawa beg pakaiannya ke dalam biliknya. Zyan dan Kevin duduk di atas kerusi rotan. Puan Ramlah tersenyum manis kepada dua tetamunya.
"Maaf lah rumah mak bersepah sikit. Banyak tempahan kain ibu kena jahit. Kamu berdua dah makan belum?"
Kevin mengeleng. Zyan pula mengangguk. Puan Ramlah mengerut kening. Haa sudah, mana satu ni.
"Belum lagi mak. Singgah RnR sekejap je tadi tu pun buang air kecil. Lepastu terus gerak balik" sahut Nurin yang baru keluar dari biliknya.
Sudah menukar pakaian. Mengenakan t-shirt lengan panjang yang lusuh warnanya. Berkain batik dan bertudung sarung. Kevin pula mengangguk laju mengiakan kata-kata dari Nurin.
"Baguslah macam tu. Mak banyak masak harini. Tergerak hati nak masak lebih. Tak sangka, kamu balik harini long. Ada rezeki kamu berdua makan harini. Duduk dulu ya, mak nak ke dapur hidang makan tengahari kita"
Puan Ramlah segera beredar. Meninggalkan Zyan, Kevin dan Nurin di dalam rumah itu. Nurin menjeling Zyan yang asyik mengibas-ngibas kemeja hitam yang dipakainya. Panas lah tu.
"Rumah kau tak ada aircond ke?" Zyan memandang sekeliling rumah itu.
Hanya ada kipas siling dan kipas stand di hujung sudut rumah. Kevin pula menepuk dahi.
"Tuan kan kaya. Apa kata Tuan sponsor satu aircond untuk rumah saya?" Nurin menjungkit keningnya. Sengaja memprovok lelaki itu.
Zyan mendengus. Malas mahu bergaduh, lebih baik dia kunci mulut. Kevin pula menghela nafas lega. Tidak perlu lah dia menjadi orang tengah kedua pasangan itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/223127214-288-k428572.jpg)
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Roman d'amour| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...