Mereka tiba di mansion milik Rudov dan mereka bersembunyi di celahan pokok yang tidak jauh dari mansion itu. Mereka menyiapkan strategi mereka awal-awal. Kevin berada di belakang mansion menguruskan anak-anak buah Rudov. Manakala, Zyan mengurus di bahagian hadapan.
Rudov tidak tahu bahawa malam itu mansionnya akan dicerobohi oleh pihak musuh. Anak-anak buahnya yang bertugas malam itu hanya dalam bilangan yang cukup sedikit. Memudahkan Zyan dan Kevin untuk menyerang pada malam itu. Nasib sangat menyebelahi mereka.
"Move!"
Zyan bergerak di hadapan. Menghala muncung M-14 ke hadapan, manakala beberapa anak buahnya yang lain menjalankan kerja mereka. Sebahagian mereka bersembunyi di atas bumbung mansion Rudov dan pokok-pokok tinggi. Merek merupakan penembak tepat atau lebih dikenali sebagai sniper man.
Dua orang anak buahnya bergerak menghentak belakang leher dua anak buah Rudov yang menjaga di luar pagar utama. Kedua lelaki itu pengsan, senjata mereka dirampas. Mereka menyeret dua tubuh lelaki yang pengsan itu dan diikat di sebatang pohon yang tidak jauh dari mansion Rudov. Dua orang anak buah Hunt menjaga dua anak buah Rudov yang pengsan itu.
Mereka memanjat tembok yang tinggi itu. CCTV sudah digodam dan tiada sesiapa yang mengawal CCTV di bilik kawalan. Dua orang anak buah Hunt telah menembak mati dua lelaki yang menjaga sistem keselamatam rumah Rudov. Mereka boleh masuk tanpa perlu menghadap pengawal Rudov yamg lain.
Zyan mendekati seorang lelaki yang berkawal di hadapan pintu masuk. Dia membelakangi lelaki itu, kemudian dengan pantas dia memegang kepala dan leher lelaki itu. Mematahkan kepalanya tanpa berkata lebih lagi.
"You two, stay here. Keep your eyes..." ucap Zyan dingin. Mengarahkan dua anak buahnya menjaga pintu utama. Dia bimbang jika ada anak buah Rudov yang lain menyedari kehadiran mereka.
Di bahagian belakang, Kevin memasukkan password di sebuah pintu kecil yang menuju ke bawah tanah. Dua anak buah Hunt membelakangi Kevin dan melindungi lelaki itu dengan mengacu muncung M-14 mereka ke kiri dan kanan.
Tit...
Pintu itu terkuak sedikit. Kevin terus menuju ke bawah menggunakan tangga. Diikuti tiga orang anak buah Hunt. Selebihnya berjaga di luar dan pintu belakang. Kevin ditugaskan untuk menyelamatkan Lucca.
Tetapi, nasib Kevin sangat malang. Di bawah sana, terdapat sepuluh orang anak buah Rudov yang menghala senjata mereka. Kevin menarik senyuman sinis di sebalik kain hitam itu. Tangan dia perlahan-lahan mengeluarkan bom asap. Dibaling di hadapan, lalu kepulan asap tebal keluar mengaburi mata pihak musuh.
Kevin dan tiga orang anak buah Hunt memakai kaca mata khas yang dicipta oleh Hunt. Cermin mata yang boleh mereka mengakses cahaya sesuai kedudukan mereka pada waktu itu. Mereka juga boleh melihat bayangan musuh melalui cermin mata itu.
Bang!
Bang!Tembakan dilepaskan mereka berempat dan satu persatu anak buah Rudov tumbang. Hanya tinggal dua yang terselamat dan sempat bersembunyi. Kepulan asap itu semakin menipis. Ruangan bawah tanah kali bunyi.
Seorang anak buah Rudov merangkak di bawah meja. Mencari butang kecemasan untuk memberitahu penghuni di dalam mansion itu bahawa mereka ada penceroboh. Namun, belum sempat dia menekan butang merah itu, tangan kanannya terputus akibat tetakan dari seorang anak buah Hunt.
Lelaki itu meraung kesakitan memegang tangan kanannya yang terputus. Melihat darah yang menitis tidak putus-putus di atas lantai.
"Just let him die, dude!" Ucap seorang lagi anak buah Hunt. Dia baru saja menemui seorang anak buah Rudov yang bersembunyi di sebalik kotak-kotak yang berisi dadah itu.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
Romance| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...