▪︎🌹- 47▪︎

13.8K 1.1K 152
                                    

Zyan tersenyum puas dan hilang rasa gemuruh yang menyelimuti dadanya sejak tadi digantikan dengan rasa puas kerana berjaya menyelesaikan satu misi yang agak mencabar dari calon adik iparnya. Puan Ramlah tersenyum bangga dan tidak salah dia menyerahkan anak gadisnya kepada lelaki seperti Zyan.

Amin menutup Al-Quran yang dengan wajah tenang. Masih terngiang-ngiang lagi suara lunak merdu Zyan mengalunkan surah Al-Mulk. Tajwid yang betul, mendayu dan riak wajah Zyan seakan memahami maksud di sebalik surah Al-Mulk itu.

Kevin turut berada di ruang tamu itu. Duduk bersila di sebelah Zyan sambil menyonggol lengan Zyan beberapa kali.

"Walaupun kau macam setan, tapi aku tabik arr kau boleh jadi malaikat depan keluarga mentua kau" Kevin berbisik perlahan.

Zyan menjeling lelaki itu tajam. Nasib baik Kevin bercakap perlahan. Mangkuk ayun betul ada kawan macam Kevin. Mulut macam nak minta dicilikan. Zyan ingin saja melibas kepala lelaki itu menggunakan kain pelikat yang diselipangkan di atas bahu kanannya.

"Alhamdulillah, ibu syukur sangat kamu mampu sempurnakan dengan baik ujian dari ibu dan Amin. Ibu harap lepas ni kamu tak tinggal semua amalan kamu ni" pesan Puan Ramlah penuh dengan maksud tersirat.

Zyan hanya mengangguk. Dia sendiri berasa sangat jahil apabila mengingati setiap perbuatannya. Zyan memang kejam apabila sesuatu yang menyentuh kemarahannya. Tapi apabila Zafrael muncul watak lelaki jahat akan bertukar serta merta.

Dari Abdullah ibn Mas’ud r.a berkata; Rasulullah SAW bersabda:

"Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan". 

(Hadis Riwayat Tarmizi)

Zyan teringat kembali ayat yang diucapkan oleh mamanya suatu tika dulu mengenai Al-Quran. Betapa lalainya dia sebelum ini tapi Zyan bersyukur Allah swt masih tidak menarik nikmat lidah dia untuk menutur ayat-ayat suci itu dengan baik walaupun pada dasarnya Zyan sudah lama tidak menyentuh, membaca dan memeluk Al-Quran.

"Kamu dah bincang dengan keluarga kamu?"

Zyan tersentak. Kevin pula mengerut dahi melihat Zyan yang terpinga-pinga melihat mereka. Puan Ramlah menyimpul senyum melihat reaksi lelaki itu.

"Hah? Apa?"

"Ibu tanya, abang dah bagitahu keluarga abang ke untuk merisik kakak nanti?" Ulang Amin. Dia menahan senyum melihat gelagat lucu Zyan.

"Ehem!" Zyan berdehem perlahan. Malu pula tertangkap berangan.

"Saya dah bagitahu dan mereka akan datang merisik esok" ucap Zyan penuh tekad.

Puan Ramlah mengangguk tenang. Benda baik elok dipercepatkan. Puan Ramlah tidak mahu menahan mereka berdua terlalu lama. Risau pula nanti menjadi fitnah di kemudian hari.

"Baguslah kalau macam tu. Tapi kamu esok dah nak balik kan?"

Zyan angguk sekali lagi. Dia dan Kevin akan pulang dan meninggalkan Nurin di rumah keluarganya. Zyan tidak mahu masuk campur urusan esok. Dia serah bulat-bulat kepada mama dan papanya. Zyan yakin dengan jawapan Nurin nanti.

"Pergi lah tidur. Besok kamu kena bangun awal. Ibu risau kamu penat memandu lama-lama. Kamu pun sama Kevin. Jangan layan sangat Amin. Main game je tahu budak ni" Puan Ramlah menarik telinga anak terunanya.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now