▪︎🌹- 09 ▪︎

18.8K 1.1K 85
                                    

Aidil mundar mandir di ruang tamu dengan riak wajah gusar di wajahnya. Telefon di tangan di genggam kemas menanti panggilan daripada pengawal peribadinya sedari dua jam tadi. Mana dia tidak risau, anak perempuan dia hilang entah kemana. Aidil meraup rambutnya ke belakang.

Dia memandang wajah sendu isterinya yang ditenangkan oleh Nurin di sisi wanita itu. Aidil duduk di sofa single, menyilang kaki sambil mengerut dahi. Memandang wajah-wajah pembantu rumahnya dengan tatapan sukar diertikan oleh mereka. Aidil tidak salahkan mereka semua, kerana dia tahu puterinya seorang itu tersangat nakal.

Malah bukan sekali puterinya hilang secara tiba-tiba, malah beberapa kali sebelum ini tanpa disedari oleh sesiapa di rumah agam itu. Aidil memicit pangkal hidungnya. Jam menginjak ke angka lapan malam, tetapi masih belum ada panggilan masuk dari pengawal peribadinya yang dikerahkan untuk mencari puterinya di kawasan sekitar perumahan mereka.

" Maafkan abang ayah. Abang tak jaga adik betul-betul..." dia mengangkat wajah apabila terasa sentuhan lembut di pehanya.

Tersenyum nipis dia memandang raut serba salah anak sulungnya. Rambut Fawwaz diusap lembut seraya itu dia menarik anak sulungnya ke dalam pelukan dia.

" Ayah tak salah abang dalam hal ini. Kita sama-sama salah sebab tak sedar adik hilang..." ujarnya lembut.

Fawwaz yang berusia 8 tahun itu mengangguk. Dia juga rasa sedih apabila dikhabarkan bahawa adiknya hilang dari pemerhatian pembantu rumah mereka. Kedengaran tapak kaki berlari kencang menuju ke arah mereka.

Tunku Atiya mengangkat wajahnya. Memandang seorang pengawal rumah mereka yang bernafas kencang sambil menunding jari ke luar rumah.

" C-cik muda dah balik Tuan...Tunku..." ujarnya dalam nafas mengah.

Tunku Atiya dan Aidil tidak menunggu lama, mereka berlari keluar rumah untuk melihat keadaan puteri mereka. Fawwaz dan Nurin mengekori senyap dari belakang. Tunku Atiya hampir menitis airmata melihat puterinya selamat bersama dua orang lelaki dan seorang budak kecil.

Terus tubuh Nadira dipeluknya erat. Nadira yang dipeluk ibunya terus menghamburkan tangisan dia. Aidil mengusap belakang Nadira yang menangis kencang di pelukan isterinya.

Dia memandang dua lelaki yang berdiri tegak di halaman rumah mereka. Tidak lama itu, sebuah kereta BMW keluaran terbaru terpakir di belakang Audi TT putih. Keluar seorang lelaki bersut serba hitam.

" Ira pergi mana sayang...ibu risau tahu tak..." ujar Tunku Atiya sebak. Dia merengangkan pelukan mereka. Membelek tubuh kecil Nadira yang berusia 6 tahun itu.

" M-maafkan Ira ibu...Ira janji tak nakal lagi ibu..." balas Nadira dalam sendunya. Salah dia kerana keluar secara sembunyi tanpa ditemani sesiapa pun.

Tunku Atiya mengeleng kepala. " Janji tau dengan ibu yang Ira tak nakal macam ni lagi? Jangan risaukan ibu, ayah dan abang lagi...jangan risaukan mereka yang lain..." pesan Tunku Atiya sedikit tegas.

Nadira mengangguk. Tangan kanan diangkat paras bahu. Lagak dia seolah-olah sedang berikrar. Dia memandang wajah Aidil yang berdiri di sisi mereka.

" Ira janji pada ibu, ayah, abang dan yang lain bahawa Ira tak nakal-nakal lagi lepas ini..." tuturnya jelas. Sempat Nadira menyedut hingusnya membuatkan Tunku Atiya tanpa tertahan melepaskan tawa kecilnya.

Ada saja kenakalan yang akan ditonjolkan oleh Nadira. Berbeza dengan Fawwaz yang pendiam dan banyak menyendiri. Tidak nakal seperti adiknya seorang itu. Nadira berlari memeluk Fawwaz yang berdiri di belakang Tunku Atiya.

" Abang maafkan adik tau..." ujarnya manja.

Fawwaz senyum kecil. " Jangan nakal lagi adik. Kesian ibu dan ayah risaukan adik tadi..." ujar Fawwaz lembut sambil mengusap kepala adiknya lembut.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now