▪︎🌹- 61▪︎

18K 1.2K 219
                                    

Bang!

Tembakan dilepaskan oleh Darwin tepat mengenai dahi lelaki bertopeng itu. Darwish pula menggunakan kekuatan tangan dan matanya untuk menumpaskan musuhnya. Pisau kecil yang sentiasa di selit di betis dibawa keluar dan dihunus ke arah lelaki-lelaki bertopeng itu tanpa belas kasihan.

Mata tajam pisau itu mampu melumpuhkan beberapa lelaki bertopeng dan membuatkan mereka tak mampu menyerang Darwish kerana kepantasan dia.

Darwin tersenyum kagum melihat aksi kembarnya. Tangkas dan cepat.

Zafrael pula menembak dada dan betis lelaki bertopeng yang jumlahnya ramai berbanding dengan mereka. Malah, tetamu yang menjadi tahanan mereka mula bertempiaran melarikan diri melalui pintu belakang dan dijaga oleh Laura dan Ryu.

Laura, gadis itu menyelak dress miliknya dan tersenyum sinis melihat pisau tajam kesayangannya yang diselit di pehanya. Pisau itu diambil dan digenggam kemas.

"Wow! Malam ni kita pesta darah!" Laura menjerit kuat. Rambutnya disanggul tinggi dan diselit pengepit di antara sanggulannya.

Laura berlari pantas menggunakan heels setinggi lima inci itu dan melompat di belakang seorang lelaki bertopeng dan mengunci leher lelaki itu menggunakan kedua kakinya hingga mereka berdua jatuh di atas meja bulat.

Tak buang masa, Laura mengelar laju leher lelaki itu hingga darah membuak-buak keluar tidak berhenti. Laura tersenyum melihat titisan darah mengenai sedikit kakinya.

Ryu pula mengeleng kepala melihat kegilaan kekasihnya.

"All clear boss!" Jai bersuara apabila melihat semua tetamu sudah di bawa keluar dari ballroom itu begitu juga dengan Datuk Mokhtar.

Jai melompat turun ke bawah menggunakan tali yang bersambung pada kain langsir pentas itu. Staf-staf yang berada di bahagian atas, melopong melihat Jai yang nampak selamba turun menggunakan tali itu.

Zafrael bergelut dengan seorang lelaki bertopeng dan badannya agak besar berbanding yang lain. Zafrael kelihatan menggunakan tenaga melawan lelaki itu yang badannya jauh lebih besar darinya.

Buk!

"Shit!"

Badan dia terhujung ke belakang apabila hidung ditumbuk oleh lelaki itu hingga berdarah. Zafrael berdesis dan mengelap darah di hidungnya menggunakan belakang tapak tangannya. Pistol tercampak entah kemana apabila dia diserang dari arah belakang oleh lelaki itu.

Lelaki bertubuh besar itu melangkah mendekati Zafrael. Kolar baju Zafrael dicengkam kuat dan ditarik tubuh Zafrael ke atas.

Zafrael mengangkat tinggi lutut kakinya dan menghentam kuat bawah dagu lelaki itu. Kemudian, dia memutarkan badannya dan mengait kedua lengan dia di leher lelaki itu.

Zafrael mengetap gigi kuat apabila lelaki itu memukul lengannya untuk dilepaskan. Lengan dia dikunci semakin kuat hingga wajah lelaki itu berubah merah disebabkan pernafasan di kunci oleh Zafrael.

"Urghh!"

Prak! Dengan sekali putaran, leher lelaki itu dipatahkan oleh Zafrael. Dia terduduk bersandar di kerusi melepaskan nafas mengahnya. Melihat lelaki berbadan besar itu sudah tidak bernyawa di depan matanya.

Zafrael menyungging senyuman sinis.

Melihat bentuk tatu di bahu kanan lelaki itu.

"Tchh..." dia berdecih dan meludah ke sisi kiri.

Zafrael berdiri. Melibas pakaiannya, dan mengambil pistol milik lelaki itu. Menembak sisa-sisa lelaki bertopeng yang berlindung diri di balik meja dan kerusi.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now