▪︎🌹- 60▪︎

15.6K 1K 123
                                    

Zafran memaut kemas pinggang Nurin. Cahaya-cahaya dari kamera yang memotret gambar mereka berdua berkilauan. Zafrael menghadiri satu majlis amal yang diadakan oleh salah satu rakan niaganya. Nurin pada malam itu nampak cantik dan sepadan apabila bergandingan bersebelahan Zafran yang segak.

Ryu dan juga Laura menghadiri majlis itu. Laura tersenyum lebar melihat pancuran coklat di meja buffet. Kecur air liur melihat lelehan coklat pekat dan manis.

"Behave Laura!" Tegur Ryu sedikit tegas. Tergeleng kepala dia melihat tingkah Laura yang luar biasa.

Laura tersengih. "Hehe...I is tak sabar nak makan coklat..." ujarnya dan tersenyum-senyum sendiri.

Ryu mula berasa kesal. Ini padahnya jika mengajak Laura ke suatu majlis bersamanya. Laura akan memikirkan perutnya berbanding majlis. Apa yang penting, perut dia menerima pelbagai makanan percuma.

Zafrael dan Ryu duduk di meja yang sama. Paling hadapan dan bersebelahan pentas. Di atas meja terhidang manisan dan gelas minuman. Majlis amal pada malam itu merupakan majlis amal untuk anak-anak yatim.

"Tuan Zafrael. Tuan Ryu..."

Seorang lelaki bersut putih datang bersama isterinya menghampiri meja itu. Pasangan itu nampak ramah dan mesra.

"Datuk Mokhtar...terima kasih atas jemputan malam ni" ucap Zafrael dan berdiri menyambut huluran tangan rakan perniagaannya.

"Sama-sama Tuan Zafrael. Malam ini malam kita raikan anak-anak yatim dan sedikit acara bidaan pakaian yang akan diperagakan oleh model. Hasil dari bidaan itu akan kita sumbangkan sepenuhnya kepada semua rumah anak-anak yatim di sini..."

Zafrael tereenyum kagum. Tidak salah jika Datuk Mokhtar bergelar jutawan. Lelaki tua itu sangat berhati mulia dan suka meraikan anak-anak yatim setiap tahun.

"Tuan Ryu...thanks for your attending tonight" Datuk Mokthar memandang Ryu yang duduk di sebelah Zafrael.

"My pleasure Datuk. Tonight it will be great for our childrens" Ryu menjawab sopan. Tersenyum manis kepada Datuk Mokhtar.

Datuk Mokhtar dan isterinya duduk di meja seberang mereka. Majlis akan bermula sekitar 10 minit lagi. Pentas peragaan juga dihiasi cantik dan tema pada malam ini ada arabian.

Di belakang pentas, Alisa memejam matanya. Membiarkan jurusolek wanita menyolek wajahnya untuk penampilan dia pada malam ini. Alisa menawarkan diri tanpa bayaran untuk memperagakan pakaian rekaan dari butik isteri Datuk Mokhtar sendiri.

Selesai bersolek, Alisa dipakaian tudung dan crown bunga di atas kepala. Dia mengenakan abaya berwarna peach dan ditaburi berlian. Alisa tersenyum melihat pantulan dirinya di cermin.

Di sudut lain, Rossa menatap Alisa penuh rasa benci. Dia iri melihat Alisa yang mengenakan pakaian paling mahal pada malam itu. Sedangkan dia hanya mengenakan jubah kosong dan dilapiri berlian kecil di hujung lengan.

"Tak guna! Asal dia je nampak cantik! Perempuan tak sedar diri..." dengus Rossa. Dia duduk di atas kerusi dan menyilang kaki.

Wajah dia nampak bengang. Hingga membuatkan model-model lain menatap Rossa dengan pandangan menyampah mereka.

"Diam lah Rossa! Kau merosakkan suasana kami malam ni! Kau tu dah lah mengandung, patutnya perangai tu jaga sikit! Lagi pun malam ni kita bukan buat modeling macam biasa. Payment kita seikhlas yang dibayar Puan Jeni"

Seorang model bersuara. Kesal melihat Rossa yang membentak sejak tadi hingga menganggu fokus mereka. Puan Jeni pula merupakan isteri Datuk Mokhtar.

"Okay girls, get ready. Kita akan mulakan dalam masa tiga minit lagi..." seorang lelaki jambu datang memberitahu mereka untuk bersiap sedia.

Lelaki itu memandang Rossa. "You Rossa behave ya malam ni! I tak nak you buat hal dan rosakkan majlis kita malam ni!" Tegasnya. Dia terus pergi ke arah Alisa.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now