▪︎🌹- 50▪︎

16.3K 1.2K 61
                                    

Detingan rantai besi yang bergeseran membuatkan ruang sempit itu bertukar bingit kerana bunyi yang terhasil dari geseran besi tersebut. Seorang lelaki tertunduk dalam keadaan kedua kakinya terkunci dengan rantai besi yang mengalirkan arus elektrik.

Jika dia tersalah sikit maka arus itu akan merenjat kuat tubuhnya hingga membuatkan dia tidak berdaya menahan rasa sakit di seluruh tubuhnya. Lelaki itu terduduk lemah sambil menekuk lutut.

Krek!

Dia tidak mengangkat wajahnya kerana dia tahu, orang yang menahan dan menangkap dia berdiri di hadapannya. Bunyi derap kasut dan geseran besi di lantai membuatkan keringat dingin mengalir di pelipis wajahnya. Dia bergetar ketakutan.

Sreet!

Sebuat kerusi kayu bersaiz kecil ditarik oleh anak buahnya. Lelaki berjaket kulit hitam itu tersenyum sinis melihat mangsa di hadapannya. Kayu besbol logam itu diangkat dan diletak di atas bahunya. Dia berdecit melihat keadaan lemah lelaki di hadapannya.

"Aku dah siasat memang dia yang baling batu tu. Tapi dia setia, taknak bukak mulut bagitahu lokasi perempuan tu"

Kevin berdiri tegak di sebelah Zafrael. Memandang lelaki di hadapan mereka- orang suruhan musuh mereka yang telah membuat kacau di kampung Nurin dan hampir mencederakan Nurin.

Lelaki itu tertangkap di sebuah rumah kayu oleh anak-anak buah Zafrael. Mereka menyekap lelaki itu dan dibawa ke markas mereka. Dikurung tanpa diberi makan dan minum selama 2 hari.

"Masih berdegil heh" Zafrael memandang lelaki itu. Wajah lelaki itu berdarah teruk kerana dibelasah hingga lembik oleh anak-anak buah Zafrael.

Zafrael tahu, musuhnya tidak akan membiarkan orang suruhannya membuka mulut mengenai keberadaannya. Perempuan itu sangat licik dan masih bersembunyi di bawah topeng nya.

"Kau masih taknak bagitahu bos aku?" Kevin mencangkung di hadapan lelaki itu.

Menarik paksa kepala lelaki itu untuk menatap ke hadapan. Mencengkam kuat rambut lelaki itu hingga lelaki itu menjerit kesakitan.

"A...aku ta...tak...tak...tahu" ucap lelaki itu tersekat-sekat.

Memang dia tidak mengenali bosnya. Apa yang dia ingat, seorang perempuan yang memakai topi pantai dan dia hanya melihat sekilas sahaja. Dia berurusan bersama orang kepercayaan perempuan itu sahaja.

"Susah betul kau nak bukak mulut kan! Kau tahu tak, kalau kau mati pun malam ni...bos kau tu takkan tolong kau" sinis Kevin. Dia menampar perlahan pipi lelaki itu sebagai tanda pengingatan kali terakhir.

Lelaki itu tetap diam. Dia telah menerima sejumlah wang yang cukup lumayan. Dia telah menandatangani surat persetujuan. Jika dia membuka mulut maka dia mati di tangan perempuan itu. Tiada pilihan lain selain dia menjalan kerjanya dan menyelesaikan urusan dia yang lain.

"Aku dah angkat sumpah untuk setia pada ketua aku. Kalau kau nak bunuh aku...bunuh lah...aku bagi peluang untuk kau bunuh aku!"

Kevin berpandangan dengan Zafrael. Tidak lama itu, tawa Zafrael meledak kuat hingga bergema di ruang sempit itu. Tawa yang menakutkan bagi Kevin.

"Kau sendiri bagi lampu hijau untuk aku...erm...aku akan buat sikit-sikit dulu"

Zafrael menghampiri lelaki itu. Tanpa berkata apa-apa, dia menghayunkan kayu besbol logam itu dengan hayunan sekuat tenaga sebelum kayu besbol itu menghentam kuat tangan kanan lelaki itu.

"Arghhh!"

"Arghhh!"

Lelaki itu menjerit kesakitan. Tangan kanan dia tidak dapat digerakkan lagi. Bunyi tulang patah kedengaran jelas di telinga Kevin. Lelaki itu tersenyum puas melihat Zafrael menghajar lelaki itu.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now