▪︎🌹- 13▪︎

17.8K 1.1K 140
                                    

Nurin sesekali memandang bawah mejanya, melihat Naufal yang asyik bermain berhampiran dengan meja kerjanya. Penuh dengan barang mainan Naufal dan membuatkan Nurin menjadi pusat perhatian di bahagian kewangan itu. Puteri dan Fatia sudah menahan senyum melihat kawan mereka yang tidak ubah seperti mak budak di mata mereka.

Jai turut berada di sekitar office itu, tetapi Jai duduk tidak jauh dari meja Nurin sambil bermain dengan telefonnya. Menghantar pesanan kepada Zafrael, menyatakan bahawa dia dan Naufal berada di ZN Group. Financial Department.

Naufal bermain riang, dan sesekali melepaskan kekehan kecil sambil berlari-lari di keliling kubikel yang mempunyai tiga pekerja di sepanjang baris. Para pekerja yang lain suka melihat keletah Naufal yang riang dan membuatkan mereka rasa teruja berbual dengan si kecil itu.

Nurin memeriksa draf yang baru diterima olehnya dari Encik Azil sebentar tadi. Encik Azil meminta dia untuk memeriksa draf itu dan membaiki kesalahan sebelum dihantar kembali ke atasan dia.

"Akak, apar lah..."

Naufal merengek kepada Nurin sambil menarik muncungnya. Penat bermain, dia mencari Nurin untuk meminta makanan. Naufal membaling selamba kereta mainab miliknya ke atas lantai.

"Kejap ya sayang..."

Nurin mula membongkok sedikit dan menarik beg kecil miliknya yang berisi biskut, milo dan nestum yang sememangnya dia tinggal di office selama ini. Nurin tersenyum melihat sepaket biskut oreo yang berada di dalam genggamannya.

"Nah sayang...makan elok-elok. Ni air untuk Opal. Duduk diam-diam kat situ tau...jangan kacau orang..."

Naufal mengangguk patut. Dia menjerit teruja melihat sekotak air milo dan biskut oreo. Di buka oleh Nurin kemudian di serahkan kepada Naufal yang sudah bersila di tepinya. Nurin tersenyum lebar melihat Naufal menadah tangan membaca doa makan.

"Opal akan duyu..." jerit Naufal kuat.

Disambut sengihan dari pekerja lain. Naufal diam dan fokus mengasingkan biskut dan inti gula ke tepi. Tipikal Naufal, dia memang tak suka inti gula dan hanya menjamah biskut sahaja.

Bunyi derap kaki seseorang dan hentakan kasut membuatkan mereka semua memandang ke pintu masuk utama bahagian kewangan. Encik Azil tidak bersama mereka kerana menguruskan hal di luar bersama atasan mereka. Hanya tinggal Fatiya sahaja untuk menguruskan department itu semasa ketiadaan dia.

Muncul seorang wanita berpakaian kemas, berkot hitam diluar dan mengenakan skirt hitam ketat paras pehanya. Kaca mata dibuka sebaik sahaja melihat suasana di hadapannya. Beg tangan jenama Louis Vuitton itu cukup membuatkan para pekerja di bahagian kewangan itu memandang takjub.

Fatiya segera berdiri dan melemparkan senyuman manisnya. "May I help you miss?"

Perempuan itu memandang Fatiya atas bawah beberapa kali. Seketika, bibir dia mengukir senyuman sinis. Sangat kekampungan. Tak elegan. Perempuan itu menatap Fatiya dengan pandangan jengkelnya.

"Who are you? Saya nak jumpa setiausaha Mr Azil. Not you...young girl..." suara wanita itu cukup jelas dan kuat.

Membuatkan Fatiya terkulat-kulat disitu. Apakah? Perempuan itu tak nampak ke dia terpacak di hadapan bilik kerja Encik Azil. Memang sah-sah lah dia setiausaha Encik Azil. Tak akan halimunan pula.

"Sorry miss. Encik Azil tak ada. Kalau miss nak tinggalkan pesanan atau apa-apa...boleh bagi pada saya..." Fatiya masih bertutur sopan walaupun dalam hatinya bernanah dengan perempuan di hadapannya.

"Oh...kalau macam tu, you cakap pada Mr Azil. I secretary Datuk David, nak bagitahu yang kami buat pemindahan jadual -..."

"Erm sorry miss...tapi Encik Azil pesan yang meeting tu akan tetap dijalankan esok. If, miss nak tunda or batalkan...miss kena terus berurusan dengan Encik Azil" celah Fatiya cepat.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now