Nurin menghela nafas lelah melihat Puteri dan Fatia yang asyik memilih pakaian di sebuah butik wanita. Hampir tiga jam merek menghabiskan masa di mall untuk mencari pakaian yang sesuai untuk dipakai pada malam esok. Di mana, ZN Group mengadakan pesta ulang tahun syarikat mereka. Nurin memilih baju kurung moden biru laut sebagai pakaian dia pada malam itu.
Dia hanya mampu memutarkan matanya melihat Puteri dan Laila yang masih memilih pakaian dan sesekali mengacukan pada tubuh mereka di hadapan cermin. Dress di butik muslimah itu sesuai untuk dipakai nanti. Nurin memutuskan untuk bersandar di dinding sambil bermain dengan telefonnya.
Pulang saja dari pejabat, mereka tidak terus pulang ke rumah malah Nurin diheret secara paksa oleh dua gadis itu untuk membuntuti mereka ke mall. Dengan alasan, mereka mahu membeli dress dan kasut baru. Kerana, Puteri memberitahunya bahawa majlis pada malam esok pasti meriah dan mewah.
Malah, Nur Nasuha- sendiri mengajaknya dan secara tak langsung hubungan mereka sudah rapat sejak pertemuan pertama kali di kampungnya. Malah, Nur Nasuha tidak segan silu menerima kehadiran dia dan keluarganya.
"Weh, jauh betul kau mengelamun. Teringatkan siapa tu?" Usik Fatia dengan kikikan kecil yang terkeluar dari bibirnya. Suka benar mengusik Nurin.
Nurin pula mencebik bibirnya. "Hmm, dah habis ke? Aku dah lapar ni"
Perutnya sudah berbunyi meminta isi sejak tadi, tapi Nurin menahan rasa laparnya kerana melihat Puteri dan Fatia yang kelihatan sangat asyik memilih pakaian di butik yang mereka masuki sebentar tadi bahkan boleh dikira masa mereka habis begitu saja.
"Alolo, sian dia...lapar ya? Okay jom. Kita pergi makan" ajak Fatia laju. Menarik lengan Nurin sekaligus membuatkan Nurin mengikuti langkah Fatia.
Puteri pula mengekori mereka dari belakang. Puas hati kerana mereka dapat design baju yang diinginkan oleh mereka. Hampir enam buah butik muslimah mereka masuk, alih-alih butik pertama yang menjadi pilihan mereka. Lumrah seorang wanita. Selagi belum puas, selagi itu mereka akan berlama-lama hingga mencapai tahap kepuasan diri mereka sendiri.
Mereka memilih sebuah restoran yang terletak di luar mall dan tidak jauh dari tempat pakir kereta mereka. Mereka bertiga makan dengan lahap sekali dan sesekali tertawa bahagia. Malah, tidak sedar bahawa seseorang mendekati mereka.
"Kakak!"
Sapa Alisa teruja. Tidak sangka dia akan bertemu dengan Nurin pada petang itu. Alisa tidak bersendirian. Dia bersama Jannah. Sama seperti ketiga gadis itu, Alisa baru saja pulang dari butik ternama mengambil pakaian mereka sekeluarga yang ditempah khusus oleh mamanya untuk dipakai pada malam esok.
"Eh, Lisa. Come, have a sit!"
Puteri menarik kerusi untuk Alisa. Mereka bertiga sudah mengenali Alisa. Mereka tahu, Alisa sangat rapat dengan Nurin.
"Thank you kak Puteri. Gee duduklah..." Alisa duduk di sebelah Fatia. Sedangkan Jannah, dia duduk di hujung meja. Menjadikan suasana meja itu semakin riuh dengan kehadiran dua orang gadis itu.
"Lisa berdua je ke dengan Gee? Dari mana?" Soal Fatia kepoh.
Alisa terkekeh kecil. "Dari butik kak Tia. Ambil baju yang kami tempah bulan lepas. Kebetulan pula, Gee cuti jadi Lisa heret dia sekali teman Lisa pergi butik. Alang-alang Gee pun cari baju untuk malam esok."
Jannah hanya tersenyum. Maklumlah, dia belum mengenali ketiga wanita dewasa itu. Tapi, wajah Nurin memang tidak asing lagi di pandangan Jannah kerana gadis itu disebut oleh Alisa.
"Laa, sama lah dengan kami. Ni haa, baru lepas cari dress. Fuh, penat gila sebab dah tak lama cari baju macam ni" keluh Fatia. Air lemon tea miliknya dihirup hingga habis.
YOU ARE READING
PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •
عاطفية| SAMBUNGAN HADIRNYA DIA | 9th in ARS | • Darah yang mengalir, menyatukan dua jiwa • Zyan Zafrael. Dia lelaki yang suka menyendiri. Dingin, malah dia tiada masa untuk bercinta. Bagi dia, cinta itu sangat membuang masa dan tiada faedah! Dia rela dika...