▪︎🌹- 32▪︎

14.3K 1K 94
                                    

"Sampah!"

Zyan meludah air liurnya ke atas jalan. Melihat ke arah sekelompok lelaki yang bergelimpangan atas jalan. Tidak terdaya dan lemah. Wajah mereka teruk di belasah oleh Zyan seorang diri. Zyan bersandar santai di badan motornya. Menghidupkan putung rokok. Sudut bibirnya yang pecah dihiraukan.

Dalam perjalanan pulang, Zyan dikepung oleh kumpulan gengster di sebuah jalan yang sunyi dan sepi. Jalan yang sering dia lalu bagi mengelak jam. Zyan tidak sedar mereka memasang perangkap dan motor yang dibawa olehnya jatuh di atas jalan terkena tumpahan minyak yang dicurah oleh kumpulan gengster itu.

Berbekalkan kayu besbol, pisau lipat dan Glock 19 mereka menyerang Zyan yang kebetulan seorang diri. Zyan yang tidak cepat gelabah membelasah mereka tanpa sedar dan membuatkan sisi gelapnya keluar tidak sengaja.

Zyan tersenyum lebar melihat cahaya lampu kereta yang semakin mendekatinya. Kereta itu berhenti tepat di sebelah motor kawasaki milik Zyan. Pintu kereta terbuka dan keluarlah sosok tubuh Lucca dan Kevin.

"Wow!" Kevin ternganga melihat pemandangan di hadapannya. Bersimbah darah dan batang bayu besbol merata tempat.

Beberapa anak buah Zyan menghampiri sekelompok gengster itu dan membawa mereka ke dalam van. Mereka yang masih hidup akan dirawat ke hospital. Yang sudah mati, mereka akan tinggal di situ saja.

"Kau lepas geram ke bro?" Kevin bertanya terus. Mana lah tahu, kes pagi tadi belum selesai dan Zyan melepaskan kepada gengster kecil itu.

Zyan tidak menjawab. Putung rokok yang kecil itu dicampak ke atas jalan dan dilenyek menggunakan kasut sportnya. Zyan memandang wajah Lucca dan Kevin.

"Mana ketua mereka?" Lucca tercari-cari ketua gengster itu. Mahu melihat sama ada hidup atau mati.

"Sana!" Jari telunjuk Zyan laju menunding ke satu arah.

Lucca dan Kevin lagi mengangan tidak percaya. Melihat mayat seorang lelaki yang tertusuk pisau lipat di bahagian dada dan kepalanya yang dikelar teruk sehingga menampakkan isi dagingnya. Sangat mengerikan.

Lucca segera mengarahkan anak buahnya menguruskan mayat itu. Dia pasti, esok pasti menjadi kes polis dan berita ini akan tersebar meluas di stesen TV berita. Lucca memicit pangkal hidungnya.

"Kau merumitkan keadaan tahu tak!" Ucap Lucca dalam nada kegeraman. Sakit kepala memikirkan masalah yang ditimbulkan oleh Zyan.

Dia harus memadam bukti dan mengodam CCTV yang berdekatan dengan memalsukan kes pembunuhan ini. Kerana kepakaran dari Lucca, Zyan acap kali terlepas dari kes polis yang ingin menangkapnya.

"Kerja kau..." balas Zyan selamba. Memakai helmet fullface miliknya.

Kevin menatap kosong mayat ketua gengster yang diusung oleh anak buah Lucca. Tiada rupa manusia. Kevin melepaskan keluhan. Kalau lah mereka cepat, pasti mereka boleh mengawal keadaan.

"You stres me out! Mana aku nak cari kambing hitam untuk kau bahlul!" Lucca menjerit kegeraman. Ini saja dia meninju wajah selamba Zyan.

Zyan dan ayahnya tiada beza. Sama-sama kejam. Sama-sama psikopat. Masing-masing ada dua identiti berbeza. Kenapa lah dia ditakdir hidup bersama dua spesies itu? Lucca ingin menjerit kepada dunia bahawa dia mahukan hidup dalam suasana yang menyenangkan.

"Kau gunakan lelaki tu. Aku dapat tahu dia anak buah dari gengster lain tapi belot ketua dia dan masuk kumpulan gengster ni diam-diam..."

Lucca memandang seorang lelaki kurus kering yang diikat kedua tangan dan kakinya. Wajah penuh luka lebam dan kes pukulan yang sangat ketara. Lucca tersenyum penuh makna.

PEMILIK HATI MR ZAFRAEL | O G | ARS • 9 •Where stories live. Discover now