" Ayla dekat mana!?jomlah main dengan baby" kata Ariz atau lebih dikenali sebagai baby oleh keluarganya dan keluarga Ayla.
"Sekejap nanti Ayla pergi dekat baby"kata Ayla kanak-kanak yang berusia 6 tahun itu.Ariz dan Ayla merupakan kawan baik dan susah untuk dipisahkan apabila bersama. Mereka rapat disebabkan oleh Ariz dihantar ke rumah Ayla untuk diasuh perbezaan umur hanya setahun menyebabkan mereka menjadi kawan. Kedua ibu bapa mereka juga ialah sahabat baik.
"Baby jom main basikal nak? Kita main basikal Ayla kat luar sebelum ibu sampai" kata Ayla sambil tersengih.
"Tapi ada satu je basikal"
"Ala tak apa kita gilir-gilir lah main basikal tuu" sambil membuat muka comel bagi memujuk ariz bermain bersamanya.
"Kalau macam tu jomlah kita main""Ayla jangan laju sangat bawa basikal tu nanti Ayla jatuh" jerit Ariz dari jauh.
Gedebuk!
Malang tak berbau apabila Ayla jatuh disebabkan terlanggar batu.
"Mama!! Hiks hiks"tersedu-sedu Ayla menangis memanggil mamanya.
"Aylaaaaaa!!! Kan baby dah cakap tadi jangan bawak laju-laju kan dah jatuh"
kata Ariz sambil berlari ke arah Ayla untuk membantunya.
"Jom bangun.... Dah berhenti menangis... Kita masuk rumah pergi dekat mama okayy" sambil menarik Ayla untuk bangun. Ariz menepuk debu yg terdapat pada baju dan seluar Ayla.Setelah masuk ke dalam rumah mereka mencari mama iaitu Puan Laila. "Kakakkk..... Kakak mana mama?.... Hiks hiks" ayla bertanya kepada kakaknya iaitu Attiyah Nadhirah yang berada di ruang tamu menonton televisyen. Ayla mempunyai seorang kakak dan seorang abang yang bernama Ayaan Nadir manakala Ariz mempunyai dua orang abang dan seorang kakak iaitu Ashfaq Najmi, Ashraf Naqib dan Aira Nafisah. "Mama dekat kebun belakang rumah.... Kenapa Ayla menangis ni?" tanya Attiyah kerana pelik apabila adiknya masuk ke dalam rumah sambil menangis. "Ayla jatuh tadi kak Tiya dia terlanggar batu kat atas jalan." jawab Ariz mengantikan Ayla yang sedang tersedu-sedu menangis. " Tak apa lah kak Tiya.... Baby bawak Ayla gi belakang jumpa mama dulu." kata Ariz meminta izin. "okayy" balas Attiyah ringkas.
"Mamaaaaa" jerit Ayla memanggil mamanya. " Ya... Kenapa ni menangis ni tadi bukan main dengan baby kenapa sampai menangis ni?" tanya Puan Laila risau. " Tadi Ayla jatuh basikal terlanggar batu" sekali lagi Ariz terangkan bagi pihak Ayla.
" Lah jatuh ke..... Luka dekat mana nii? Jom kita masuk dalam kita bubuh ubat okay." kata Puan Laila."Kan mama dah cakap main elok-elok tengok habis calar lutut dengan tapak tangan ni." bebel Puan Laila sambil merawat luka pada tangan Ayla."Alah mama Ayla mana perasan ada batu kat situ." jawab Ayla bagi membela dirinya. " Mama tadi baby dah cakap dah kat Ayla jangan bawak laju-laju tapi dia tak dengar mama" kata Ariz menceritakan kisah sebenar."Haaa tengok baby pon dah pesan Ayla tak dengar." marah Puan Laila. " Sorry mama.... Ayla janji lepasni Ayla hati-hati." kesal Ayla.
*********************
Ayla dan Ariz tidur berpelukkan setelah penat bermain bagai tiada hari esok. Tepat pukul 5.30 petang ibu Ariz menjemput Ariz setelah pulang dari tempat kerja. "Ibuuuuu" jerit Ariz dan Ayla sambil berlari memeluk Puan Hazwani. "Ya sayang.... Jangan lari jatuh nanti." pesan Puan Hazwani. " Ayla tuu tak serik lagi ke jatuh tadi nak jatuh lagi." kata Puan Laila sambil membawa barangan Ariz untuk diberi kepada Puan Hazwani."Budak. Mana pernah nak serik sekali jatuh." sokong Puan Hazwani ke atas penyataan yang diberikan oleh Puan Laila. " Mamaaaa ibuuuuu" merengek Ayla sambil mata berkaca biasalah budak manja dengan cenggeng memang macam ni sikit-sikit nak nangis." Dah jangan menangis dahh baby nak balik dah nii nanti baby tak boleh nak pujuk Ayla." sambil Ariz mengesat air mata Ayla yang sudah mengalir dan memeluk Ayla. "Okay baby" Ayla membalas sambil tersenyum. " Dah jom kita balik baby nanti lambat sampai rumah nanti kesian dekat abang dengan kakak tinggal kat rumah."Puan Hazwani berkata setelah menyimpan barangan Ariz ke dalam kereta." Jommm... Bye Aylaaa."
"Bye babyyyy."BERSAMBUNG~
Maaf kalau ada kekurangan. Apa-apa boleh tegur. Saya alu-alukan.
Ini cerita pertama saya yang saya tulis sendiri.
Harap semua enjoy ya 😺
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...