Ayla's pov
Dah 7 bulan sejak papa meninggalkan kami sekeluarga.
Setiap kali nak balik Kuantan atau nak balik U aku akan balik dengan Ariz.
Ibu, abah dengan mama yang paksa. Aku kata aku nak naik bas diaorang larang.
Ariz paksa aku naik dengan dia juga.
Aku nak belajar naik bas sebab nanti kalau Ariz dah habis belajar takkan dia nak jemput dengan hantar aku lagi.
Gila ke apa?
Dia bukannya driver aku.
Nampaknya aku kena suruh dia ajar aku memandu semula lah.
Memandu dengan cara yang betul bukan bahaya macam biasa tu.
Tapi aku rasa aku memandu okay je parking jelah fail sikit.
Tapi tengok parking juga bukan semua aku fail.
Arwah papa je yang tak bagi aku memandu.
Jadi sekarang aku dah tak ada keyakinan sebab takut.
Aku melihat ke arah jam yang berada dalam telefon pintar aku. Dah pukul 10.
Ah! Malasnya mandi. Sesiapa paksa aku mandi.
Malasnya. Rasa macam nak baring je tak nak pergi mandi.
Aku keluar dari bilik dan menuju ke arah Aishah dan Maya yang berada di ruang tamu.
"Weh korang. Sesiapa paksa aku mandi. Aku malas mandi."ujar aku kepada mereka berdua.
"Pergh patut bau macam kambing. Tak mandi lagi rupanya. Pergi mandi nuh. Kau dengan tempat perlupusan sampah nak dekat sama dah bau dia."ujar Aishah.
"Melebih dia punya paksaan tu. Sakit kita dekat sini."ujar aku sambil menunjuk dada aku.
"Mayaaaa kau tak nak pujuk aku ke? Aku sedih ni."sambung aku lagi.
"Ah tak ada maknanya. Kau pergi mandi. Nanti berjangkit busuk kau dekat aku."
"Yelah-yelah. Jahat betul korang ni."
"Lah tadi dia suruh paksa. Ni tengah paksa lah ni."ujar Aishah.
"Ntah kau. Berterima kasih sikit. Kitaorang punya baik nak suruh kau mandi. Nanti lepas mandi kau buat assignment kau tu. Kau jangan nak buat last minute sangat. Nanti kau buat macam haritu satu hari tak tidur."bebel Maya.
Kita suruh paksa mandi je dia sampai paksa kita buat kerja lagi.
"Yelah nanti aku buat. Lek lah baru tak tidur satu hari."ujar aku.
"Eh kau nak kena pukul dekat kepala baru otak kau tu berfungsi. Nanti kau mengantuk dekat dalam kelas lepastu ilmu tak masuk nanti fail. Ni nak suruh relax lagi."bebel Maya lagi.
"Jangan marah. Ye kejap lagi aku buat. Korang dah siap ke?"
"Dah."ujar mereka berdua serentak.
"Uish tak boleh jadi. Cau lu lah. Jangan roger aku."
aku terus berlari ke dalam bilik untuk mengambil kelengkapan untuk mandi.
****
"Don't fight the feeling.(oh-oh)"Lagu EXO don't fight the feeling berkumandang dari telefon aku menandakan ada panggilan masuk.
Siapa pula call aku yang tengah bertungkus lumus buat kerja yang nak sampai ke penamatnya ni.
Permata hati 💞
"Hello. Assalammualaikum mama."
"Waalaikummussalam. Ayla mama nak bagitau haritu ada orang merisik Ayla dan mama dah terima pun."
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romansa'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...