Chapter 61 (Maki)

105 2 0
                                    

Aku bagai baru sahaja terbangun dari mimpi yang amat ngeri.

Mimpi yg ngeri tapi aku sendiri pun tak tau apa yang sedang berlaku.

Aku melihat ke sekeliling.

Aku masih berada dekat hospital?

Bunyi pintu menarik perhatian aku.

"Ayla dah sedar dah. Dah 3 hari ibu tunggu Ayla sedar.Kita tunggu doktor datang dulu ya? Check Ayla."

Ibu menekan butang yang berada pada katil tersebut untuk memanggil doktor.

Aku masih dalam keadaan keliru. Masih tidak tahu apa yang sedang berlaku sekarang ni.

Tiga hari aku tak bangun? Lamanya.

"Ibu. Ariz dengan anak Ayla mana? Haaa mama pun. Mana diaorang? Ayla rasa tadi Ayla dah nak keluar dari hospital dah."

"Ayla tak ingat apa yang berlaku?"

"Tak. Kenapa apa yang berlaku?"

"Tak apa kita tunggu doktor datang dulu ya sayang?"

"Ouh okay."

Pelbagai tanda tanya yang bermain dalam kepala aku.

Ianya berputar. Tapi tak dapat diluahkan.

Usai sahaja doktor datang. Dia terus melihat keadaan aku dan menanyakan beberapa soalan sebelum keluar semula.

Tangan aku berbalut. Kepala aku turut berbalut.

"Ibu kenapa Ayla berbalut ni. Ayla kemalangan ke? Kalau Ayla kemalangan. Mana mama, Ariz dan Afeef?"

"Ayla rehat dulu eh? Ayla tak sihat lagi ni. Nanti Ayla dah sihat baru kita jumpa yang lain eh?"

"Taknak Ayla dah penat dah nak rehat. Ayla dah sihatlah! Mana Ariz?! Ayla nak Ariz! Ariz! Baby! Mana awak?!"jerit aku.

Air mata mengalir dengan lebatnya.

Kenapa ibu je yang ada dekat sini? Mana Ariz? Mama?

MANA?!

"Ayla jangan macam ni sayang. Ayla tengah dalam pantang tu. Bawak bersabar."pujuk ibu.

"Taknak Ayla nak Ariz. Mama. Mama mana? Mama! Mama dekat mana?! Afeef! Afeef mana?!"jerit aku lagi.

"Ya allah Ayla. Kenapa ni Ayla?"

Aku hanya membiarkan pertanyaan tersebut. Aku meletakkan muka aku di atas lutut.

Seperti lupa yang luka bahagian berjahit daripada bersalin itu masih baru.

"Adik. Pandang along. Jangan macam ni adik."

Dengar sahaja panggilan adik tersebut terus aku mengangkat kepala aku.

"Along. Mama mana? Mama ada dekat rumah kan? Anak adik pun dekat rumah kan? Suami adik. Haa suami adik. Semua ada dekat rumah kan?"

Tubuh aku dipeluk. Kepala aku turut dicium olehnya.

"Jawablah! Kenapa semua orang menangis je ni?! Ayla tanya soalan semua tak jawab!"

Aku menolak tubuh Along dari pelukan tersebut.

"Mama dah tak ada adik. Anak adik pun dah tak ada. Ariz sekarang dekat ICU. Tu yang adik nak tau kan?"

Putaran bumi ibarat terhenti buat seketika.

Apa yang baru disampaikan oleh along sangat tak boleh diterima oleh aku.

Jadi aku bukan bermimpi sesuatu yang buruk. Tetapi sesuatu yang buruk telah menimpa aku.

"Tak along tipu kan? Birthday adik lambat lagilah. Tak payah nak buat kejutan macam ni. Along main-main kan?"

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now