Chapter 48 (Scandal)

117 3 0
                                    

Ayla's pov

Kami semua berada di tempat untuk membeli belah. Disebabkan esok kami banyak aktiviti untuk dibuat.

Lusa pula kami nak balik. Jadi harini sahaja sempat untuk membeli belah.

"Sayang nak beli apa?"ujar Ariz.

"Nak beli coklat lepastu nak beli pinggan mangkuk untuk ibu dengan mama. Boleh tak?"

"Boleh. Jom."

Ariz menarik tangan aku ke dalam pegangan aku.

"Aish mata suci aku tercemar dengan aksi pasangan bahagia."ujar Farhan sambil menutup matanya menggunakan tangan.

"Korang nak bermesra ingat orang single dekat belakang ni."ujar Aishah pula.

"Jom Nurul."ujar Farhan sambil menghulurkan tangannya ke arah Aishah.

"Jom."ujar Aishah.

Tangannya dihulurkan ke arah Farhan. Belum sempat bercantum. Haffiy dan Maya menjerit.

"Hoi!! Harammm!"

Maya cepat-cepat menarik Aishah dan  Haffiy menarik Farhan menjauhi satu sama lain.

"Kau jangan nak mengada pegang tangan. Aku pancung kepala kau kalau kau pegang tangan perempuan."ujar Haffiy.

"Kau ni pun satu. Lupa ke kau dengan dia tak kahwin. Nak pegang pehal."ujar Maya kepada Aishah.

"Hihi. Sorry."ujar Aishah dan Farhan.

"Aku nampak korang buat lagi macam tu aku kahwinkan je korang. Senang."Bebel Haffiy.

"Dahlah orang pandang. Korang ni bergaduh dekat sini pulak."ujar Ariz menenangkan mereka semua.

Dekat tengah-tengah kedai juga diaorang nak bergaduh.

Ada lah 2 ke 3 orang pandang. Aku awal-awal dah sorok muka deka celah ketiak Ariz.

Ketiak Ariz memang sentiasa jadi penyelamat aku. Haritu masa hujan. Sekarang masa malu pun dia jadi penyelamat.

Memang tak ada tempat lain dah.

"Dah keluar dari bawah ketiak aku tu. Malu orang tengok kau duduk bawah tu."ujar Ariz perlahan ke arah aku.

Aku terus mengalihkan muka aku dari ketiaknya.

Tangan Ariz aku pegang.

"Sebagai penghormatan dekat orang single. Korang bolehlah jalan dekat depan."ujar aku kepada mereka berempat.

Aishah terus memeluk  tangan Maya manakala Farhan memeluk tangan Haffiy.

"Huhh!"keluh Aishah dengan Farhan kuat.

Diaorang berdua ni memang ditakdirkan bersama aku rasa. Otak akan-akan je dua orang ni.

Haffiy menolak Farhan menjauhinya. Pelukan pada tangan mereka berdua pun terlepas.

"Geli siot. Jauh dari aku. Takut aku dengan kau ni."ujar Haffiy.

Diaorang ni aku rasa kalau tak bergaduh tak sah.

Shopping punya shopping 500 ringgit duit Ariz habis untuk aku je.

"Banyak betul kau beli sampai 500. Baru coklat dengan pinggan mangkuk dah 500."ujar Ariz.

"Biasalah tu 500 kalau membeli belah. Lepas ni tak ada dah. Ni je saya nak beli. Awak marah ke?"

"Nak marah pun tak boleh. Kau dah ambik semua tu dah. Takkan nak pulangkan balik. Nasib baik aku dah rembat duit dari sugar mummy dengan sugar daddy aku."

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now