"Ayla bangun. Dah sampai depan rumah kau dah pun."
Aku terus terjaga apabila nama aku diseru.
Tubuh aku dah diselimut dengan hoodie. Yang aku pasti ni mesti Ariz punya sebab aku tak ada hoodie.
"Kita dekat mana awak." ujar aku dalam keadaan mamai.
"Depan rumah kau dah pun."
Ya allah! Aku kata taknak tidur. Last nya aku tidur juga.
Bodohnya seorang Ayla Nadzirah.
"Sedap tidur Ayla ku sayang."sambil tersenyum Ariz mengatakannya.
Aku tak taulah senyum ikhlas ke senyum mengejek.
Tapi aku pasti dia mengejek aku.
"Sorry awak. Saya tertidur. Saya kata nak teman awak drive tapi saya tertidur."
"Tulah beria aku bercakap dengan kau. Tengok dekat sebelah dah terbongkang tidur. Siap keluar air liur lagi. Habis seat kereta aku."
Aku meraba tepi mulut aku.
"Mana ada air liur pun. Awak tipu."
"Haah memang tipu pun."
Lah! Cari pasal betul baby ni.
"Kau proses taik mata je tadi. Bukan proses air liur basi. Aku rasa aku boleh buka kilang taik mata kot. Nama dia 'Kilang Taik Mata Ayla Nadzirah.' Bestkan nama dia."
"Ish awak ni janganlah perli-perli. Saya tertidur je. Semalam saya tak dapat tidur sangat."
"Kenapa tak dapat tidur?"
"Saya takut semalam. Macam-macam bunyi saya dengar. Biasalah bila duduk sorang banyak pula benda nak mengganggu."
"Kenapa kau tak call aku semalam cakap kau kena ganggu."
"Buat apa? Awak bukan boleh teman saya pun. Tak payah pun nak call. Lainlah awak suami saya. Boleh lah teman. Ehek."
Lah gatal betul. Tak apa korang tak yah kutuk aku. Aku dah kutuk diri sendiri dah.
"Later sayang. Later."
"Later apanya. Awak jangan nak berfikiran gatal eh."
"Mana ada gatal. Kau yang gatal nak aku jadi suami kau. Ha siapa yang gatal?"
"Alah awak pun sama. Tak habis-habis panggil saya sayang. Awak pun gatal."
"Dahlah kau. Bila nak turun ni. Ke nak ikut aku balik rumah aku. Boleh je. Dekat je nak gi rumah aku. Taman sebelah je."
"Ah tak payah! Saya turun. Pelik pula mama dengan papa saya tak turun nanti. Tu diaorang dah keluar dah tu."
Mama dan papa dah keluar dari dalam rumah menuju ke arah kereta Ariz.
"Rasanya lama dah dengar bunyi kereta. Sekarang baru nak keluar Ayla."ujar papa.
"Ada nanti orang lain yang kahwin nanti duduk kereta berdua lama-lama ni."ujar mama pula.
Habis semua orang nak kenakan aku dah kenapa?
Nak nangis jap.
"Mama janganlah cakap macam tu. Kata-kata ibu satu doa tau."ujar aku.
"Biarlah bukan dosa pun kalau korang dua kahwin."ujar mama.
"Asalammualaikum mama papa."ujar Ariz sambil bersalam dengan papa.
"Waalaikummusalam."jawab mereka berdua.
Ariz baru sahaja siap mengambil beg aku dari bonet belakang.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...