Chapter 7 (Dukung)

153 3 12
                                    

Sekarang kami berada di kawasan lompat jauh bagi acara lompat jauh lah tak kan lompat pagar sekolah pula.

Sedang kami berborak tiba-tiba kelihatan seorang budak lelaki datang ke arah kami. Yang aku tahu dia tingkatan 4 tapi nama aku tak tau.

"Hai baby sayang Naufal. Harraz rindu Naufal." ujar seorang budak lelaki tadi yang aku rasa nama dia Harraz sebab dia ada cakap Harraz tadi.

Aku macam pernah nampak dia ni. Kalau tak silap dia kawan Ayla.

"Kau jangan sampai aku lontar peluru tu dekat kepala kau bukan dekat kawasan lontaran. Pecah kepala kau Harraz. Kau pehal panggil aku baby sayang." sambil Naufal menjeling ke arah Harraz.

"Alah you ni garanglah. Tadi elok je masa senamrobik tadi bukan main you menari. Kenapa sekarang marah-marah ni you."

Puk!

Naufal memukul kepala Harraz. Aku di situ hanya gelak melihat perangai mereka.

"You sakitlah. Ehhh abang Ariz yang handsome pun ada juga. Tadi saya tengok awak menari senamrobik tadi. So sexy. Rawr!" ujar Harraz sambil membuat gaya tangan seperti mencakar.

Terkejut aku dibuatnya tiba-tiba ditegur bergitu. Nasib baiklah aku ni jenis okay dengan orang perangai bergini.

"Kau pehal! Gay ke apa? Naufal kau panggil baby sayang lepastu aku kau panggil abang. Lama tak kena pelangkung ke?" ujar aku seperti lama mengenalinya. Yelah tak akan nak buat sombong pula. Kau ingat kau siapa nak sombong dengan orang.

"Dahlah kalau kau nak bergay dekat sini baik kau bla." tambah Naufal.

"Ish yelah. Nak main-main pun marah. Tak spotrim langsung."

"Kepala otak kau spotrim. Kau ingat kereta." ujar Naufal.

"Yelah saya duduk senyap-senyap aje dekat sini."

Tiba-tiba aku rasa bahu aku memberat. Aku menoleh dan melihat Harraz sedang menyandarkan kepalanya dekat bahu aku.

"Woi sesuka hati kau je letak kepala atas bahu aku."ujar aku.

"Lah tadi suruh senyap dah duduk senyap kena marah juga. Jahatlah korang ni." ujar Harraz sambil mencebik.

"Memanglah duduk senyap-senyap tapi aku tak suruh kau menggatal letak kepala atas bahu Ariz. Kau mencebik macam tu ingat comel ke gila." ujar Naufal sambil menjeling

"Ntah kau duduk jauh sikit. Risau kau punya virus gay berjangkit." kataku.

Harraz pun mengesot menjarakkan diri dari kami. Kami hanya membiarkan sahaja.

"Dah cukup jauh tak ni?" soal Harraz.

"Dah cukup dah. Duduk situ diam-diam." ujar Naufal.

Kami pun hanya senyap sehingga nama dipanggil.

*****
Selesai aku melompat jauh, aku terus melangkah ke arah pavilion. Kelihatan pelajar perempuan sedang berlari.

"Ariz!"

Tiba-tiba aku dengar orang menjerit memanggil nama aku. Aku menoleh dan kelihatan cikgu Zura memanggil aku.

"Ya cikgu." jawab aku

"Boleh tak awak tolong angkat seorang pelajar perempuan ni pengsan. Bawak pergi bilik rawatan."

"Boleh cikgu."

Kami pun bergerak ke arah garisan penamat. Terkejut dibuatnya apabila pelajar yang pengsan itu ialah Ayla.

"Helena ikut sekali Ariz pergi bilik rawatan ya." ujar cikgu Zura.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now