Chapter 11 (Pegang tangan)

113 3 0
                                    

"Ayla tido bilik biasa tido tu ye. Bawok Helena ni sekali. Ariz tido dengan Harraz. Ayla nanti bawok deme ni ke bilik. Ambik gebor dalam gerobok bilik wan tuh. Batal ada dalam jabir hitang atas gerobok ituh." ujar wan kepada aku.

(Ayla tidur bilik biasa tidur tu ya. Bawa Helena ni sekali. Ariz tidur dengan Harraz. Ayla bawa diaorang ni ke bilik. Ambik selimut dalam almari bilik wan tu. Bantal ada dalam plastik hitam atas almari tu.)

Aku hanya mengangguk dan masih duduk tak bergerak dari situ.

"Aok ni buat pane je wan cakak ni dengor ke dak ni. Lekaih aih buat kejenya. Dudok je kat situ buat benda? Karang wan lepuk terteleng kepala kang."

(Kamu ni buat tak tau je wan cakap ni dengar ke tak ni. Cepat lah buat kerjanya. Duduk je dekat situ buat apa? Nanti wan pukul terpusing kepala nanti.)

"Ya wan Ayla nak buat lah ni. Janganlah gangster sangat. Seram betul."

"Aok tu babir ngat tok dengor cakak wan tu pehal? Lain kali cakne sikit ambender orang cakak." bebel wan kepada aku.

(Kamu tu degil sangat tak dengar cakap wan ni kenapa? Lain kali ambil tahu sikit apa benda orang cakap.")

Nasib baik aku sayang. Ni lah wan kalau ada tetamu dekat rumah dia kalut bukan main.

Aku bergerak untuk menyediakan bilik tidur untuk Ariz dan Harraz.

"Helena jom masuk bilik. Ariz ngan Harraz bilik korang sebelah bilik kita orang tu."

****
"Abang Ariz. Saya nak tidur peluk awak boleh tak." sambil Harraz mengedip gedip kan matanya.

"Kau pehal berabang dengan aku. Dah lama sangat ke hidup nak aku bunuh kau? And kepala otak kau nak peluk aku. Kau ingat aku bendera pelangi ke?" ujar aku kepada Harraz sambil menjeling tajam.

"Alah you ni garanglah. Kenalah panggil abang you kan tua dari I setahun."

"Kau memang nak kena ni."

Aku mengambil bantal sedia untuk membantai Harraz.

"Kau jangan lari sini!" jerit aku.

"Ahhh! Tolong ada monster kejar saya." sambil dia berlari.

Nasib baik bilik ni boleh tahan besar sebab tak banyak perabot sebab tu dia boleh lari merata tu.

Tok! Tok! Tok!

Kami terus berhenti berlari dan memandang ke arah pintu.

Lalu aku terus melangkah membuka pintu. Kelihatan Ayla dan Helena yang berada di hadapan pintu.

"Woi! Korang cuba nak robohkan rumah wan aku ke apa? Berlari lepastu terjerit-jerit. Ni rumah papan bukan rumah batu yang lari macam nak roboh rumah tu kenapa. Nasib baik orang lain duduk dekat bilik bawah tak dengar korang bising macam ni." bebel Ayla.

Betullah apa dia kata tu macam nak roboh rumah ni kitaorang lari tadi. Nasib baik wan tak keluar bilik. Sebab bilik wan berada di bahagian yang sama dengan kami juga cuma dia jauh sikit. Mak ayah aku dan Ayla duduk dibahagian bawah rumah iaitu bahagian rumah yang berdinding konkrit.

"Alah suami kau ni yang kejar aku. Aku larilah bukan sengaja pun." ujar Harraz.

Aku menjeling ke arah Harraz. Sesuka hati dia aje cakap aku ni suami Ayla.

"Kau memang patut kena pukul. Ayla kau nak join aku pukul dia?" soal aku kepada Ayla.

Tiba-tiba aje aku soal Ayla pun aku tak tau kenapa. Mana pergi malu aku pun tak tau. Beraninya seorang Ariz Nijaz.

"Jom dia ni memang lama tak makan pukulan ni." ujar Ayla.

"Arghh! Lena tolong kita!!"

Jerit Harraz sambil menyorok di belakang Helena.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now