Harini hari terakhir peperiksaan aku sebelum cuti semester bermula.
Maya dan Aishah lepas exam terus bergerak balik. Aku tinggal lah sorang dekat rumah ni.
Aku balik esok sebab aku kena balik dengan Ariz.
Mama telefon aku minggu lepas suruh balik dengan dia. Papa tak dapat nak jemput aku sebab sibuk uruskan majlis perkahwinan kakak aku.
Akhirnya setelah 27 tahun single mingle. Kahwin juga kakak aku sorang tu.
Dia tak bagitau aku pun dia ada boyfriend tiba-tiba bagitau dia nak kahwin.
Ada lah geram tu juga. Tapi tak apa asalkan kakak saya bahagia. Saya relakan.
Tinggal aku jelah yang tak kahwin lagi.
Ada sesiapa nak saya? Saya sendu ni adik beradik semua dah berpunya ni.
Kalau boleh saya nak kahwin terus taknak couple.
Lah gatal
Aku kalau setiap kali cuti memang papa yang jemput. Aku tak pernah naik bas lagi setakat ni.
Papa tak bagi aku balik naik bas. Tak ada sebab yang kukuh tapi dia memang tak bagi aku balik dengan bas.
Masa mama suruh aku balik dengan Ariz lepastu aku cakap taknak dan nak naik bas je.
Terus papa ambil telefon mama dan bercakap dengan aku.
Risau betul dia puteri bongsu dia ni naik bas.
Abang dengan kakak aku dulu masa zaman belajar diaorang bawa kereta sendiri.
Aku tak dibenarkan bawa kereta selepas kes aku langgar kereta orang masa nak masuk parking.
Terus papa larang aku nak bawak kereta pergi balik U. Dekat dengan rumah aku masih diberi pelepasan untuk memandu.
Dia suruh aku belajar lagi bawak kereta. Lepas dia puas hati dengan cara pemanduan aku baru dia lepaskan aku bawak kereta jauh-jauh.
Papa dah macam jpj dah kalau duduk sebelah aku.
Aku rasa macam ambil ujian memandu lagi sekali je.
Tergetar-getar aku kalau papa dekat sebelah. Aku lagi rela kalau kakak aku dekat sebelah.
****
KriukHa sudah perut aku dah berbunyi minta diisi dah.
Kejap lagi mau dia buat konsert EXO dekat dalam ni.
Aku terus menuju ke arah dapur.
Nak tengok ada apa-apa boleh dimakan ke tidak.
Buka sahaja peti sejuk.
Kosong tak ada apa. Aku pergi ke kabinet pula. Mana tau ada maggie ke.
Tak ada juga. Malangnya hidup aku.
Perasaan aku sekarang ni nak meraung aje.
Aishah dengan Maya dahlah dah balik kampung masing-masing.
Siapa nak teman aku makan?
Beberapa minit aku berfikir. Ada satu je nama yang terlintas dalam fikiran aku.
Ariz.
Tak ada orang lain dah aku nak minta tolong.
Perut dahlah lapar. Makanan tak ada. Kawan tak ada. Mood bertukar tak tentu pasal.
Aku menuju ke arah bilik aku untuk mengambil telefon. Nak call Ariz.
Aku harap dia tak sibuk. Sekarang dah hampir pukul 10 malam.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...