"Assalammualaikum maklong."
"Waalaikummussalam. Eh Ayla. Meh masuk."
Aku terus bersalam dan memeluk maklong aku.
"Rindu maklong."
"Maklong pun rindu anak saudara maklong yang manja ni." sambil dia membalas pelukkan aku.
"Ni kawan-kawan Ayla. Harraz dengan Helena. Yang ni maklong kenalkan Ariz."
"Lah deme tercegat dekat depan pintu tu buat benda. Meh masuk meh. Lah Ariz ke ni. Besar dah dulu masa balik kampung ni kecik je lagi." ujar maklong.
"Maklong kak Melinda dengan Melissa ada ke? Saya datang ni nak main dengan Melissa."
"Ada pergi dekat bilik Kak Melinda diaorang ada dalam tu."
Aku terus meluru ke bilik untuk berjumpa dengan Melissa. Meninggalkan kawan-kawan aku di ruang tamu.
"Lissa!"jerit aku.
"Ya allah. Ayla terkejut akak. Nasib baik akak tak ada sakit jantung kamu ni."
"Hehe sorry. Ayla excited nak jumpa Lissa." aku terus meluru untuk peluk Melissa.
Melissa baru sahaja berumur 10 bulan. Tembam gila pipi dia rasa macam nak gigit aje pipi dia macam pau.
Nasib baik dia jenis baik dengan orang. Jadi dia tak menangis bila aku ambik dia. Dia lagi suka ada lah orang nak dukung dia yang montel tu.
"Bawaklah Lissa tu keluar nanti akak datang."
"Okay akak." aku terus keluar dari bilik sambil mendukung Melissa.
"Weh comelnya." ujar Helena.
"Apa nama dia ni." ujar Ariz pula.
"Melissa. Tapi panggil dia Lissa je."
Ketiga-tiga manusia tu berkerumun ke arah aku untuk melihat Melissa.
Maklong tak ada dekat ruang tamu ni dah mungkin dia pergi dapur kut.
"Ayla. Kamu nak bawa Lissa pergi rumah wan ke? Kalau nak akak ambik beg Lissa."
"Boleh jugak kak lagipun kejap lagi akak nak pergi rumah wan jugakan. Lissa dah mandi ke belum?"
"Haah nanti akak nak pergi rumah wan tapi lambat sikit lah. Lissa dah mandi dah. Nanti akak ambik beg dia. Ada pampers, baju dengan susu dia."
"Okay kak."
Setelah Kak Melinda memberikan beg Melissa kepada aku. Kami terus bergerak pulang ke rumah wan.
Kami semua bergilir-gilir mendukung Melissa. Kalau aku dukung sorang mau patah tangan dahlah dia 10 kg. Memang auto hilang tangan lepasni.
"Korang ni macam pasangan suami isteri dah. Siap pakej ada anak lagi. Sepadan sorang dukung baby sorang pegang beg." ujar Harraz.
Dia ni memang tak ada benda lain dah suka sangat nak ejek orang. Kalau jalan tempat lain pun mesti orang ingat Melissa ni anak aku dengan Ariz ni aku rasa sebab kita orang berjalan berdua manakala Helena dengan Harraz. Ariz mendukung Melissa dan aku membawa beg Melissa.
"Hotak kau. Nak rasa penumbuk." sambil aku menutup telinga Melissa.
Bahaya kalau dia dengar apa aku cakap. Tak elok untuk kanak-kanak.
"Dahlah jom Lena kita lari tinggalkan diaorang."
Mereka berdua terus lari meninggalkan aku dan Ariz. Kurang asam betul. Aku mana boleh lari kejar diaorang nanti tinggal Ariz sorang-sorang dukung Melissa pula.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...