Ayla's pov
Aku sedang duduk di ruang tamu bersama-sama dengan along dan si kecik Rabiatul ni.
Ariz dekat atas solat isyak. Aku malas naik atas lagi jadi aku duduk tengok tv walaupun tv ni tengah tayang kartun disebabkan Rabiatul ni.
Aku layankan aje. Along yang dekat sebelah aku tengah bermain dengan telefon pintarnya.
Aku meletakkan kepala aku pada bahu along.
Saja nak bermanja.
"Ni kenapa tiba-tiba nak bermanja dengan along ni?"soal along.
"Saja nak bermanja. Tak boleh ke? Along taknak bagi adik bermanja dengan along ke?"ujar aku sambil memeluk tangan along.
Lah mengada.
"Taklah tiba-tiba nak menyendeng dekat along ni. Menyendenglah dekat suami adik tu."
"Tapi sekarang mana ada suami adik dekat sini. Biarlah adik nak bermanja dengan along. Bukan selalu pun."
"Yelah-yelah. Mengada betul budak ni."
Along menarik aku lebih rapat ke arahnya.
"Usu. Kenapa peluk abi Atul."ujar Rabiatul.
Dia yang tadi terbaring dekat atas karpet terus bangun.
Aduh budak ni bukan boleh tengok orang senang kejap.
"Biarlah ni abang usu."
Aku memeluk badan along dengan erat.
"Mana boleh peluk abi kita."ujar Rabiatul sambil berjalan ke arah kami.
Aku saje je nak buat dia jealous. Nak kenakan dia.
Tak boleh betul abi dia dengan orang lain.
"Boleh. Apa yang tak boleh pulak?"
"Tak boleh. Abi, Atul punya."
"Dah sana. Abi tu ibu punya. Habis semua nak bergaduh rebutkan abi dah kenapa? Sana ibu nak bermanja dengan abi."ujar Kak Sumayyah sambil berjalan ke arah kami dari dapur.
Dengan perut dah ke depannya terkedek-kedek dah dia jalan.
"Atul jomlah. Kita tak boleh lawan dengan ibu ni. Habis kita nanti."
Aku terus menarik Atul ke arah sofa yang lain.
Membiarkan along dengan mak boyot dia berdua-duaan.
"Usu peluk Atul jelah macam ni."ujar aku lagi.
"Bolehlah macam tu."ujar Rabiatul.
Ariz yang baru turun dengan berpakaian pijama pooh itu duduk turut bersebelahan dengan aku.
"Tak apalah Atul. Usu lupa usu ada pakcu. Atul peluklah diri sendiri."
"Usu!"jerit Rabiatul.
Aku hanya menghiraukan jeritan Rabiatul itu dan memeluk lengan Ariz yang berada disebelah aku itu.
"Gurau jelah. Sini peluk usu."
Aku melepaskan pelukan pada tangan Ariz dan terus mendepakan tangan aku untuk memeluk Rabiatul.
"Taknak peluk usu. Usu jahat. Nak peluk pakcu."
Rabiatul terus menuju ke arah Ariz dan memeluknya.
Ariz mengangkat Rabiatul dan meletakkannya diatas riba.
Amboi main curi suami orang.
Aku baru kahwin dengan dia pagi tadi tau. Kau dah rembat.
"Apa ni. Rembat usu punya suami. Usu baru dapat pakcu awak ni pagi tadi. Sekarang awak dah curi dia. Mana boleh."
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Roman d'amour'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...