Ding Dong!
"Siapa pulak datang rumah kita ni pagi-pagi."ujar Ariz.
"Awak pergilah tengok."
Kami berdua tengah sarapan sebab kejap lagi nak pergi buat pemeriksaan bulanan.
"Kau makanlah dulu. Aku pergi tengok."
Ariz pun berlalu pergi ke pintu rumah.
"Woi! Kau buat apa dekat sini?!"jerit Ariz yang berada di depan pintu.
Aku yang duduk dekat dapur ni pun terkejut sekali.
"Awak siapa tu?"soal aku sambil menuju ke arah Ariz.
"Tengok lah sendiri siapa yang ada dekat depan pintu rumah kita pagi-pagi ni."
"Hai Ayla."
Rupanya Farhan. Dia melambai-lambai ke arah aku.
"Hai. Kenapa kau datang sini tiba-tiba je."
"Harinikan korang nak check jantina baby korang. So that's why I'm here."
"Patutlah semalam kau beria tanya bila Ayla punya check up. Tak sabar sangat kenapa? Macam tak boleh bagitau dekat dalam chat ke call ke. Ni kau dari mana ni?"ujar Ariz
"Dari Melaka lah. Aku cuti harini. Sebab tu aku datang."
Tergangga aku dibuatnya.
Gigih dia gerak dari Melaka pagi-pagi. Sekarang baru pukul 8 pagi kot.
"Kau gerak pukul berapa dari Melaka? Baru pukul 8 kot sekarang ni. Kau dah tercogok depan rumah aku."
"Pukul 6 lebih gitu."
"Ni mesti kes yang kau ngan Aishah pertaruhkan haritu. Nasib baik Aishah pun tak tercogok depan pintu ni sekali."ujar aku.
"Hehehe. Ni korang taknak bagi aku masuk ke?"
"Eh lupa pulak kita berborak dekat depan pintu je. Masuklah jangan buat macam rumah sendiri."ujar Ariz.
Masuk sahaja dalam rumah kami bertiga duduk di atas sofa ruang tamu.
"Ni nanti kau duduk lah dulu dekat dalam rumah kitaorang sementara kitaorang pergi check up nanti. Jangan mencuri pulak. Ada album Twice aku hilang. Memang kau aku cari."ujar Ariz.
Suami aku fikir dekat album dia je.
Suami untuk dilelong. Siapa nak?
"Tak ada maknanya aku nak mencuri. Terima kasihlah bagi tumpang. Aku memang malas nak cari tempat nak stay sekejap."
Baru sahaja beberapa minit kami duduk dekat atas sofa ruang tamu dan berbual. Loceng rumah kami berbunyi lagi.
"Siapa pulak dah datang lagi ni?"ujar Ariz.
Nasib baik tetamu bawa rezeki. Kalau tak aku dah lambung atas atap orang yang datang rumah aku time aku nak keluar ni.
Ariz membuka pintu untuk melihat gerangan yang berada di hadapan pintu rumah kami itu.
Dua-dua tetamu aku harini memang buka pagar sendiri ke apa? Sesuka hati je. Sebab dua-dua bunyikan loceng yang dekat depan pintu.
Bukan yang depan pagar. Bunyi dua-dua loceng tu lain. Biasanya Ariz je yang bunyikan loceng dekat pintu. Kalau aku tak dengar dia balik untuk bukakan kunci pintu. Nasib baik diaorang tak bukak pintu sendiri je.
"Yow! What's up!"
Ada ke datang rumah orang jerit macam tu? Lain macam tetamu aju yang ni.
Eh jap!
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...