Chapter 14 (Universiti)

103 2 0
                                    

Sudah beberapa tahun aku tamat sekolah. Aku mendapat keputusan yang agak memberangsangkan dalam SPM. 8A 1B dan yang pasti B tu Kimiaaaa. Aku tengah sambung belajar dekat Universiti Hibiscus. Universiti swasta. Aku masuk sini dengan bantuan biasiswa. Kalau tak, tak mampu lah kita nyah nak masuk U mahal-mahal ni.

Aku ambil jurusan kedoktoran . Aku memang minat dengan jurusan ni daripada aku sekolah menengah lagi.

Lepas sahaja keluar keputusan SPM aku, Helena dan Harraz sama-sama masuk Matrikulasi. Jodoh sangat masuk sama-sama.

Helena sekarang tengah melanjutkan pelajaran di salah satu universiti awam dekat Malaysia je. Dia dapat 9A masa SPM. Dia ambil bidang kejuruteraan kimia. Minat betul dia dengan kimia.

Harraz pun sedang melanjutkan pelajaran di universiti awam dekat Malaysia. SPM dia dapat straight A. Dia ni nampak je macam bodoh gitu tapi dia bijak nak mam ha tak nak lah cakap.

Harraz ambik bidang perubatan veterinar. Dia punya sayang dekat haiwan memang tak boleh bawak bincang. Pernah sekali dia datang sekolah menangis sebab kucing dia baru mati.

Biarlah dia ambik bidang tu tak ada lah dia nak buat eksperimen dengan haiwan macam masa dekat kampung aku dulu. Ada patut nak bagi lembu makan sabun.

****
"Maya!Ayla! Jom pergi makan nak tak aku lapar." sambil Aishah membuat muka sedih.

Aishah atau nama penuh dia Nurul Aishah Alana ni kawan aku dekat kampus ni. Dia berasal dari Johor. Dia pun masuk sini sebab biasiswa. Aku rapat dengan dia sebab aku dengan dia pernah satu bilik masa dekat U tu. Jadi masa duduk dekat rumah sewa ni pun kami duduk sekali.

Ouh lupa nak bagitau aku sekarang dah tahun ketiga dah. Aishah ni pun sama jurusan dengan aku sebab tu kita orang ambil keputusan untuk duduk sekali.

Maya pula atau nama penuh dia Haffrina Maysarah. Kami panggil dia Maya je sebab dia suruh. Dia kata dari sekolah menengah orang panggil dia Maya. Dia ni pun housemate aku. Jurusan dia pun sama dengan aku juga.

Aishah berasal dari Johor. Maya pulak dari Kuala Lumpur.

"Woi! Aku ajak makan tak ada orang jawab. Aku pukul sorang-sorang kang." ujar Aishah.

"Ye jom lah kita makan wahai Aishah ku sayang."ujar Maya.

"Yeay makan. Aku tak sabar nak makan. Ni kita nak makan dekat mana?"

"Makan dekat kedai biasa kita makanlah. Kedai Cahaya tu."sampuk aku.

"Ahaks. Ni sayang Ayla ni. Tau je aku suka kedai makan tu. Tak sabar nak makan nasi goreng pataya dia. Lepastu nasi goreng paprik. Lepastu lepastu nak makan dia punya tomyam. Banyak lah." ujar Aishah.

"Kau ni ada bela naga ke apa dalam perut. Banyak betul makan. Pilih satu dah lah. Kaya betul nak makan semua benda tu." ujar Maya.

"Nantilah dekat kedai makan aku buat pilihan. Otak aku terlampau banyak sangat pilihan makanan."

"Aku rasa betullah kau cakap tadi Maya. Dia ni ada bela naga dalam perut dia. Badan je kurus tapi makan macam perut dia tong drum je."

"Kejamlah korang ni cakap aku gitu. Tak nak kawan 1 minit."

"Dahlah Maya jomlah kita bersiap lepastu tinggal dia. Kita naik kereta kau kan pergi kedai makan." ujar aku.

"Haah jom kita tinggal dia." sambil kami berdua berlari masuk ke dalam bilik masing-masing untuk bersiap.

"Ehh! Tunggulah. Aku nak kawan balik dengan korang. Jangan tinggal aku!" jerit Aishah.

Siap sahaja aku menukar baju dan memakai tudung aku terus keluar dari bilik. Maya pun turut keluar pada waktu yang sama.

ALWAYS: Always Be There For YouWhere stories live. Discover now