Kami photoshoot dekat pantai yang Ariz bawa aku haritu.
Semasa dia pujuk aku selepas makngah marah aku.
Cerita pasal makngah aku. Dia tak datang majlis perkahwinan aku. Mama dah ajak tapi dia tak datang.
Agak terkilan tapi nak buat macam mana. Dia mungkin masih tak suka aku.
Along kalau boleh taknak ajak dia pun tapi mama pujuk supaya ajak juga. Dia nak atau tak datang itu belakang cerita.
Along masih marah dengan apa yang makngah cakap dekat aku.
Aku dah maafkan makngah tapi untuk melupakan apa yang dia cakap tu payah.
Benda tu macam pita rakaman yang berulang dalam otak aku.
Stop fikir pasal makngah harini hari bahagia aku. Buat apa fikir pasal perkara sedih.
"Are you okay sayang?"
Suara Ariz menyedarkan aku dari lamunan.
"Sakit lagi ke?"ujar Ariz lagi.
Sekarang sesi kitaorang berdua je jadi yang 6 orang tu tengah bersuka ria tangkap gambar jauh sikit dari kami.
"Saya okay."sambil aku tersenyum nipis ke arahnya.
"Okay Ariz kau letak dahi kau dekat dahi Ayla lepastu korang pandang sesama sendiri."ujar Naufal selaku photographer kami harini.
Kami terus melakukan seperti yang diarahkan.
Jantung aku tak payah cakaplah. Macam nak terkeluar dah.
Aku tak pernah pandang orang sedekat macam sekarang.
"Okay nice. Stay macam tu."ujar Naufal.
Arghh cepatlah. Pipi aku dah panas dah ni.
"Okay dah. Lawa siot."ujar Naufal.
"Kenapa blushing ni? Malu ke?"ujar Ariz.
Ish dia ni dah tau blushing sebab malu. Lagi ditanya.
"Senyaplah awak. Saya selotip mulut tu nanti."ujar aku.
"Kenapa nak guna selotip kalau boleh guna bibir kau."
Ya allah.
Dia ni lepas kahwin makin menjadi-jadi gatal dia.
"Ish awak ni jangan mengada eh. Dekat tempat awam ni nak gatal."
"Tak apa nanti dalam bilik aku gatal lagi."
Aku terus mencubit perutnya.
"Aduh! Sayang sakitlah."
"Gatal lagi memang kenalah."
"Okay korang sekarang korang acah macam berjalan sambil pandang satu sama lain."ujar Naufal.
Kami berjalan di persisiran pantai seperti yang disuruh oleh Naufal tadi.
"Okay korang berenam. Sini! Nak tangkap gambar sekali pulak."jerit Naufal kepada 6 orang yang sakan bergambar itu.
Mereka berenam yang pakai baju sedondon warna baby blue itu terus melangkah ke arah kami.
Yang perempuan pakai dress baby blue manakala yang lelaki pakai kemeja berwarna baby blue.
Sayalah tu yang pilih warna untuk diaorang.
Aku paksa diaorang cari baju warna tu.
Hehehe. Kejam kejap.
"Lelaki duduk sebelah Ariz yang perempuan duduk sebelah Ayla."ujar Naufal.
Mereka terus duduk seperti yang dikatakan oleh Naufal itu.
YOU ARE READING
ALWAYS: Always Be There For You
Romance'Baby' itulah nama panggilan yang diberi oleh keluarga Ariz Nijaz kepadanya.Nama itu bukan sahaja Ariz Nijaz dipanggil oleh keluarganya tetapi digunakan juga oleh keluarga Ayla Nadzirah iaitu keluarga pengasuhnya. "Ayla kat mana!? jomlah main dengan...